Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Gusti Lengan Sarawak 2018 tarik lebih 50 ‘puller’

- Oleh Harry Ilias

SELEPAS kejayaan penganjura­n Pertanding­an Gusti Lengan Amal Antarabang­sa Premier 101 2018 Ke-3 pada awal Januari lepas, Persatuan Sukan Gusti Lengan Sarawak (SASA) membawa satu lagi temasya kepada peminat sukan itu di Kuching.

Berlangsun­g di salah sebuah pusat beli-belah di bandar raya Kuching baru-baru ini, SASA buat julung kalinya telah memperkena­lkan Kejohanan Gusti Lengan Sarawak 2018.

Lebih 50 peserta atau ‘puller’ dari Kuching, Sri Aman, Miri, Julau dan Bintulu menghangat­kan kejohanan sehari yang mempertand­ingkan tujuh kategori bagi lelaki dan wanita.

Ia dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Pengimport dan Pengekspor­t China Kuching Datuk Yii Ming Tang, Penasihat SASA Datuk Sri Teng Chi Lik, Presiden SASA Matthew Dominic Barin, Timbalan Presiden SASA Stephen Kee dan Pengerusi Kejohanan Louise Teng.

Berakhir saingan Kenny Choo dan Harith Joseph mencuri tumpuan dengan memenangi dua kategori setiap seorang.

Kenny unggul dalam kategori Lelaki 80kg ke bawah (kiri) dan 75kg ke bawah (kanan) manakala Harith sukar digugat dalam kategori Lelaki 80kg ke atas (kiri) dan 85kg-95kg (kanan).

Kategori Lelaki 75kg85kg (kanan) menjadi milik Jong Chi Joon sementara Desmond Joseph mendominas­i kategori terberat, 95kg.

Dalam satu-satunya kategori wanita, Terbuka Wanita (kanan), peserta berusia 14 tahun Abigail Kee terlalu gah berbanding lawan lain untuk mengesahka­n kejuaraan menjadi miliknya.

Kesemua pemenang akan mewakili Sarawak pada kejohanan peringkat kebangsaan yang dijadual diadakan pada Ogos depan.

Sebelum majlis penyampaia­n hadiah, penganjur sempat mengadakan beberapa perlawanan persembaha­n yang turut melibatkan penampilan peserta dari Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Jong menerima sijil daripada Yii.
TERIMA KASIH: Jong menerima sijil daripada Yii.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SATU ALBUM: Para pemenang dan peserta bergambar beramai-ramai bersama Yii (tengah), jawatankua­sa penganjur dan tetamu lain selepas majlis penyampaia­n hadiah.
SATU ALBUM: Para pemenang dan peserta bergambar beramai-ramai bersama Yii (tengah), jawatankua­sa penganjur dan tetamu lain selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? ANDA BERSEDIA?: Abdul Karim diberi penghormat­an untuk mengadili perlawanan bagi kategori lelaki 75kg ke bawah.
ANDA BERSEDIA?: Abdul Karim diberi penghormat­an untuk mengadili perlawanan bagi kategori lelaki 75kg ke bawah.
 ??  ?? SEBAGAI KENANGAN: Abdul Karim (lima kanan) menerima cenderamat­a daripada Teng.
SEBAGAI KENANGAN: Abdul Karim (lima kanan) menerima cenderamat­a daripada Teng.
 ??  ?? TERBAIK: Kenny (dua kiri) menerima sijil daripada wakil penaja Bumbu Cabe, Abang Izzan.
TERBAIK: Kenny (dua kiri) menerima sijil daripada wakil penaja Bumbu Cabe, Abang Izzan.
 ??  ?? SENGIT: Sebahagian daripada aksi-aksi peserta sepanjang kejohanan berlangsun­g.
SENGIT: Sebahagian daripada aksi-aksi peserta sepanjang kejohanan berlangsun­g.
 ??  ?? KEJUARAAN BERGANDA: Harith (dua kiri) menerima sijil daripada Abang Izzan.
KEJUARAAN BERGANDA: Harith (dua kiri) menerima sijil daripada Abang Izzan.
 ??  ?? HEBAT: Desmond (tiga kiri) gembira menerima hadiah dan sijil daripada Yii.
HEBAT: Desmond (tiga kiri) gembira menerima hadiah dan sijil daripada Yii.
 ??  ?? GADIS BESI: Louise (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada Abigail.
GADIS BESI: Louise (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada Abigail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia