Utusan Borneo (Sarawak)

DUA BOT NELAYAN ASING DITAHAN

-

MIRI: Menggunaka­n modus operandi sama, bot-bot kargo didaftarka­n di bawah nama syarikat tempatan, One United Seafood Trading Sdn Bhd tidak pernah serik meskipun beberapa kali ditahan oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Sepanjang tahun lalu, dalam operasinya membantera­s kegiatan penangkapa­n ikan secara haram oleh nelayan asing dan bot nelayan tempatan yang tidak memiliki lesen sah, APMM telah menahan lapan bot yang didaftarka­n di bawah syarikat yang berdaftar di Pulau Labuan itu.

Kesemua nama bot berkenaan menggunaka­n nama pendaftara­n ‘One United’ diikuti nombor-nombor botnya.

Terbaharu, APMM Zon Miri menahan dua bot syarikat terbabit dioperasik­an kru warga asing dari Vietnam di perairan Miri pada 25 Jun lalu kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan secara tunda ganding yang diharamkan di negara ini.

Sebuah daripada bot terbabit dengan nombor pendaftara­n One United 35 ditahan jam 6.35 petang dan sebuah lagi bot menggunaka­n nombor pendaftara­n One United 25 ditahan jam 6.55 petang.

Ketua Zon Maritim Miri Kapten Md Fauzi Othman berkata kedua- dua bot kargo terbabit ditahan pada jarak lebih kurang 35 batu nautika dari muara Sungai Miri.

“Kedua - dua bot i t u beroperasi menggunaka­n lesen sudah tamat tempoh menyebabka­n kami menahan bot dan anak-anak kapalnya termasuk dua kru yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, APMM juga merampas 10,000 kilogram ikan pelbagai jenis mengikut harga pasaran semasa bernilai lebih kurang RM100,000.

Kedua- dua bot itu bersama 27 kru warga Vietnam termasuk nakhoda berumur lingkungan 18 hingga 48 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960.

Md Fauzi berkata, keduadua bot terbabit kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu di sini untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? DITAHAN: Dua bot kargo berkenaan ditahan di PTV Pulau Melayu, Miri.
DITAHAN: Dua bot kargo berkenaan ditahan di PTV Pulau Melayu, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia