Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tamat kemarau kemenangan

Menang tipis 3-2 ke atas Sabah pada pertembung­an sengit ‘Derby Borneo’ Liga Premier 2018 di laman sendiri

- Oleh Harry Ilias

Satu keputusan yang sangat positif dan kita berhak untuk mendapat tiga mata penuh. Kredit kepada semua pemain yang menunjukka­n aksi cemerlang petang ini (semalam). Ian Andrew Gillan Jurulatih Sarawak

KUCHING: Sarawak menamatkan kemarau kemenangan pada kempen Liga Premier 2018 dengan mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Sabah dalam aksi sengit ‘Derby Borneo’ di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini petang semalam.

Penyerang berpenglam­an, Bobby Gonzales menjadi duri dalam daging lawan negeri kelahirann­ya dengan meledakkan dua gol pada perlawanan itu sekali gus meletakkan dirinya penjaring terbanyak Sarawak setakat ini.

Pemain berusia 34 tahun itu menjaringk­an gol pertama pada minit ke- 14 dengan merembat kencang dari luar petak penalti gawang pasukan pelawat, Sabah selepas menerima umpanan cantik daripada rakannya, Mateo Roskam.

Sabah yang dibimbing jurulatih tempatan, Jelius Ating berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke24 hasil tandukan kemas penyerang berbisa mereka, Maxius Musa.

Kegembiraa­n skuad Sang Badak itu bagaimanap­un hanya bertahan dua minit apabila Bobby sekali lagi menceriaka­n penyokong Ngap Sayot dengan gol kedua pada minit ke-26.

Bobby kemudian menjadi arkitek kepada gol ketiga Sarawak apabila membuat hantaran kemas kepada Mateo sebelum penyerang dari Croatia itu melengkapk­an gol ketiga pada minit ke-35.

Minit ke-61, Sabah kembali merapatkan defisit gol hasil jaringan pemain import, Hector Omar Ramos Lebron pada minit ke-66 menerusi sepakan percuma dari luar petak penalti.

Impian Sabah untuk mencuri satu mata dihampakan pertahanan Sarawak, Kim Chi-Gun apabila pemain dari Korea Selatan itu berjaya menolak keluar bola tandukan Hector pada minit ke-81.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat masa perlawanan dan Sarawak mencatat kemenangan tipis 3-2.

Pasukan bimbingan jurulatih import dari Australia, Ian Andrew Gillan itu kini mengumpul 19 mata untuk menduduki tangga ketujuh Liga Premier 2018 setakat ini.

Ian ditemui selepas perlawanan ternyata amat gembira dan berpuas hati setelah anak-anak buahnya berjaya mencapai kemenangan selepas beberapa keputusan mengecewak­an dilakarkan sebelum ini.

“Satu keputusan yang sangat positif dan kita berhak untuk mendapat tiga mata penuh. Kredit kepada semua pemain yang menunjukka­n aksi cemerlang petang ini (semalam).

“Kemenangan berpihak kepada kita ini memberi semangat baharu untuk pemain-pemain beraksi dengan lebih cemerlang pada perlawanan akan datang sekali gus membaiki kedudukan terbaik,” katanya.

Beliau turut memuji persembaha­n Sabah yang tidak pernah mengalah dan hampir mengejutka­n Sarawak dengan aksi lebih mantap pada separuh masa kedua.

Sarawak akan meneruskan kempen Liga Premier 2018 dengan menentang UiTM FC pada 3 Julai depan di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? GEMBIRA: Pemain import Sarawak, Mateo Roskam ( jersi 9) menjulang rakan sepasukan, Bobby Gonzales yang menjaringk­an gol kedua ketika menentang Sabah pada Perlawanan Liga Premier 2018 di Stadium Negeri Sarawak petang semalam.
— Gambar Chimon Upon GEMBIRA: Pemain import Sarawak, Mateo Roskam ( jersi 9) menjulang rakan sepasukan, Bobby Gonzales yang menjaringk­an gol kedua ketika menentang Sabah pada Perlawanan Liga Premier 2018 di Stadium Negeri Sarawak petang semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia