Utusan Borneo (Sarawak)

Orkestra Filharmoni­k Malaysia raikan musim konsert istimewa ke-20

-

MELANGKAH ke musim konsert ‘20th Anniversar­y Special’ yang baharu, Orkestra Filharmoni­k Malaysia (MPO) dan Dewan Filharmoni­k PETRONAS (DFP) menjanjika­n senarai konsert yang menarik, karya agung dan variasi genre muzik oleh artisartis terkemuka.

Musim konsert baharu yang akan bermula dari Ogos hingga Disember ini bakal menyaksika­n MPO kekal dengan matlamat asal untuk memberi hanya yang terbaik dalam muzik klasikal dan membawa seni ke peringkat yang lebih tinggi selepas 20 tahun penubuhann­ya.

Ia akan dimulai dengan persembaha­n MPO pada tarikh yang sama dengan persembaha­n sulungnya pada 17 Ogos 1998 melalui sebuah Konsert Gala pada 17 Ogos 2018 dan 18 Ogos 2018. Konduktor tersohor Jac van Steen akan mengemudik­an persembaha­n melalui program muzik klasikal yang menarik.

Pemain piano Malaysia berbakat besar, Tengku Irfan (yang juga lahir pada tahun 1998), akan mempersona­kan hadirin melalui karya ciptaan Tchaikovsk­y, Piano Concerto No.1, menjadikan antara detik menarik keraian musim konsert kali ini.

Musim ini bakal menyaksika­n persembaha­n sulung pemain violin Soyoung Yoon, pemain cello Istvan Vardi dan konduktor Roberto Gonzalez-Monjas.

Pemain harp Leonard Jacome, pemain piano Stephen Hough dan pemain violin Ray Chen dan James Ehnes akan turut kembali ke pentas DFP untuk mengagumka­n peminat muzik klasikal.

MPO akan mempersemb­ahkan konsert-konsert yang membawakan tema menarik; The Music of Billy Joel akan menyajikan lagu-lagu malar segar dari artis yang digelar ‘The Piano Man’ ihsan vokal protégé beliau, Michael Cavanaugh, pada November ini.

Kembar kesayangan Malaysia, Upin & Ipin, akan muncul bersama MPO dalam konsert bertemakan keluarga pada Oktober ini.

Pada bulan yang sama, MPO akan menghidang­kan konsert bertemakan National Geographic: Symphony For Our World. Gabungan sains dan seni ini pasti akan menggamit pengalaman konsert yang unik dan indah.

Tidak ketinggala­n, konsert yang menyajikan skor muzik filem hasil ciptaan legenda Hollywood, Hans Zimmer, pada September ini yang akan mempersona­kan khalayak.

Bulan September juga akan menyaksika­n MPO memberi penghormat­an untuk lagu-lagu klasik tempatan dan ikon seni dalam sebuah konsert bertemakan ‘Semalam Di Malaya’ pada bulan September ini.

Menghidang­kan lagulagu seperti ‘Sayang Di Sayang’, ‘Jelingan Manja’, ‘Ibu’, ‘Jauh Jauh’ dan lagulagu P Ramlee, konsert ini bakal menampilka­n penyanyi-penyanyi undangan khas.

DFP menyediaka­n platform untuk artis-artis muda tempatan untuk mempamerka­n bakat mereka; Tomok dan Black bakal bertarung vokal dalam sebuah konsert pada November ini, membawa khalayak baru peminat genre rock dan balada ke DFP.

Kumpulan popular dari Amerika, Pink Martini, akan kembali ke DFP selepas kejayaan konsert sulung mereka pada tahun 2010.

Dikenali sebagai ‘the little orchestra’, kumpulan ini menyajikan pelbagai genre muzik termasuk klasikal, pop, jazz dan latin. Saksikan mereka pada Oktober ini.

MPYO, yang baru sahaja meraikan ulangtahun yang ke-10, akan mempersemb­ahkan sebuah konsert pada Disember ini, selain kolaborasi bersama MPO, seraya terus mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai sebuah orkestra remaja yang berpotensi besar.

Pelancaran pakej konsert dan penjualan tiket ‘single’ ialah pada 16 Julai 2018.

Untuk menjadi pelanggan tetap MPO, anda perlu membeli tiga tiket dari empat siri konsert (Classical, Specials, Pops dan Family Fun Day) dan akan mendapat potongan sebanyak 20 peratus.

Untuk sebarang pertanyaan, sila layari www.mpo.com.my di mana anda boleh memuat turun brosur terbaru, atau hubungi Box Office di 03-23317007 atau boxoffice@dfp.com.my.

 ??  ??
 ??  ?? ORKESTRA FILHARMONI­K MALAYSIA
ORKESTRA FILHARMONI­K MALAYSIA
 ??  ?? RAY CHEN
RAY CHEN
 ??  ?? BLACK
BLACK
 ??  ?? TOMOK
TOMOK
 ??  ?? TENGKU IRFAN
TENGKU IRFAN
 ??  ?? SOYOUNG
SOYOUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia