Utusan Borneo (Sarawak)

12 kanak-kanak terperangk­ap dalam gua Thailand

Sejak beberapa hari lalu selepas hujan lebat membanjiri pintu masuk utama, operasi menyelamat dilancar

-

MAE SAI: Ibu bapa yang terdesak mengadakan upacara berdoa di luar sebuah gua yang ditenggela­mi air di utara Thailand di mana 12 kanak-kanak telah terperangk­ap selama beberapa hari ketika penyelam penyelamat Tentera Laut membungkus bekalan makanan dan meneruskan pencarian mereka semalam.

Beratus-ratus anggota telah dikerahkan untuk mencari pasukan bola sepak muda dan jurulatih mereka yang masuk ke dalam gua pada Sabtu lepas dan kemudian terperangk­ap apabila hujan lebat dipercayai telah membanjiri pintu masuk utama gua tersebut.

Ahli keluarga yang kebimbanga­n telah berkhemah di luar gua berhampira­n sempadan dengan Myanmar dan Laos berdoa bagi kepulangan kanakkanak itu dengan selamat.

“Anak saya, saya berada di sini untuk mendapatka­n kamu sekarang,” kata ibu bapa yang menangis, menurut rakaman daripada media tempatan.

Seorang ibu yang sedang menangis menjerit: “Pulanglah anakku!”.

Kanak-kanak, berusia di antara 11 dan 16 tahun, dipercayai telah masuk semula ke dalam gua apabila hujan monsun turun dan membanjiri gua tersebut, dipercayai sebagai sepanjang beberapa kilometer.

Pihak berkuasa taman, polis dan anggota tentera telah dikerahkan, sementara satu pasukan udara turut bersedia untuk memeriksa tempat kejadian, kata jurugambar AFP.

Penyelam SEAL Tentera Laut yang dilengkapi dengan tangki oksigen dan bekalan makanan telah memasuki gua tersebut pada awal semalam di utara wilayah Chiang Rai, di mana hujan berterusan turun.

“Pasukan kami di kawasan itu telah masuk ke dalam gua pada awal pagi dan akan terus berjalan sehingga ke hujung gua,” kata SEAL Tentera Laut Thai dalam laman Facebook mereka.

Maklumat yang datang dari kawasan itu adalah tidak jelas dengan isyarat telefon bimbit terhalang di dalam gua, dan pihak Tentera Laut menggesa orang awam agar bersabar ketika ia mencari kanak-kanak tersebut dan jurulatih mereka.

Sebuah robot dalam air telah dijangka akan diguna- kan pada lewat semalam bagi membantu memeriksa gua Tham Luang, sebuah kawasan terkenal di kalangan pelancong tempatan.

“Kami akan membawa robot dalam air bagi membantu memeriksa kawasan untuk mengetahui berapa besar dan dalam gua bagi membantu penyelam,” ujar Sawangtit Srikitsuwa­n, seorang jurutera ruang angkasa dan marin di Universiti Teknologi Raja Mongkut di Bangkok.

Anggota penyelamat telah menemui beberapa basikal dan sebuah motosikal di pintu masuk gua itu kelmarin, dan penyelam berkata mereka telah mengesan tapak kaki di dalam satu daripada ruangan di dalam gua.

Hujan lebat adalah biasa di kawasan tersebut semasa musim monsun di Thailand dari Mei sehingga Oktober, dengan banjir dan tanah runtuh sering dilaporkan berlaku. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DOA SELAMAT: Ahli keluarga dan saudara-mara melakukan upacara agama di hadapan pintu masuk utama ke gua Tham Luang selepas 12 kanak-kanak hilang bersama jurulatih mereka di gua tersebut di Chiang Rai, Thailand semalam.
— Gambar AFP DOA SELAMAT: Ahli keluarga dan saudara-mara melakukan upacara agama di hadapan pintu masuk utama ke gua Tham Luang selepas 12 kanak-kanak hilang bersama jurulatih mereka di gua tersebut di Chiang Rai, Thailand semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? OPERASI MENYELAMAT: Anggota penyelamat memikul tangki oksigen ketika operasi mencari 12 kanak-kanak yang hilang di gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand semalam.
— Gambar Reuters OPERASI MENYELAMAT: Anggota penyelamat memikul tangki oksigen ketika operasi mencari 12 kanak-kanak yang hilang di gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia