Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP tolak parti luar

-

KUCHING: Pendirian Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam menjaga kepentinga­n dan hak-hak rakyat Sarawak jelas dan mantap.

Demikian ujar Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian sambil menegaskan bahawa tanggungja­wab dan kewajipan menjaga hak-hak rakyat Sarawak jatuh di bahu parti politik dari Sarawak.

“Ini kerana mereka yang mengetahui keadaan sebenar Sarawak serta aspirasi rakyat tempatan.

“Oleh sebab itu, SUPP tidak menyokong mana-mana parti politik dari luar Sarawak, termasuk yang berasal dari Tanah Melayu datang ke Sarawak.

“Parti politik yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia merancang untuk datang ke Sarawak.

“Ia mencermink­an penceroboh­an politik dan meremehkan hak-hak rakyat Sarawak oleh parti-parti politik yang berpusat di Malaya selepas PRU14,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Majoriti pemimpin parti itu merupakan bekas pemimpin UMNO.

Tambahnya, ia adalah parti politik yang bersifat perkauman yang menjaga kepentinga­n kaum tunggal sahaja.

Kedatangan parti itu tegasnya akan menghalang keharmonia­n kaum yang telah lama dinikmati rakyat Sarawak.

DAP Sarawak dan lain-lain telah menjadi ejen parti yang berpusat di Malaya, bekerjasam­a menentang aspirasi dan hak-hak Sarawak.

Mereka membantu partiparti politik itu datang ke Sarawak dan menceroboh sumber dan kekayaan Sarawak, katanya.

Semasa Barisan Nasional (BN) masih berkuasa, Sarawak dapat menghentik­an kedatangan UMNO ke sini, apakah perkara yang sama dapat dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan Sarawak nanti? soalnya lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia