Utusan Borneo (Sarawak)

RUMAH PPRT NYARIS RANAP

Bomba pantas padamkan kebakaran rumah lama dijadikan stor.

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah stor di Jalan Kampung Tudan di sini pagi semalam berjaya menyelamat­kan sebuah rumah milik penduduk yang dibangunka­n di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi semalam, sebuah rumah lama satu tingkat berstruktu­r tidak kekal di Lorong Mulia 2C, Kampung Tudan Fasa 2 di sini dan dijadikan stor oleh pemiliknya terbakar 100 peratus.

Ketika kejadian pemilik rumah, Sim Siew Giok, 28, memberitah­u bahawa dia bersama suami dan anak bongsu mereka berada di rumah PPRT yang baharu sahaja diduduki tiga bulan lalu manakala empat anak yang lain berada di sekolah.

Manakala rumah lama tidak diduduki lagi dan terletak di belakang rumah PPRT itu dijadikan stor menyimpan cat dan peralatan mengecat kereta.

“Kami tidak tahu stor terbabit terbakar kerana tiada bunyi api atau benda terbakar, sebaliknya saya sedar ada kebakaran apabila tercium bau asap.

“Semasa hendak memeriksa punca asap itu, baharulah saya ternampak percikan api lalu menjerit meminta tolong,” katanya sambil memberitah­u bahawa dia dan suaminya dibantu jiran-jiran memadamkan api yang marak. Sementara itu, bomba menerima panggilan jam 10.37 pagi bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera, masing-masing sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng bersama 10 anggota serta Balai Bomba dan Penyelamat Miri dengan lima anggota. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri Penguasa Kanan Law Poh Kiong berkata bomba bertindak pantas memadam kebakaran menghalang api merebak dengan menyelamat­kan sebuah rumah penduduk terletak di hadapan stor terbabit yang mengalami 20 peratus kebakaran pada bahagian bilik tidur. “Api berjaya dikawal jam 11.08 dan kebakaran padam sepenuhnya jam 11.20 namun tiada melibatkan kemalangan jiwa dengan operasi tamat jam 11.25 pagi,” katanya di sini semalam.

Punca kebakaran masih dalam siasatan memandangk­an stor itu tidak mempunyai sambungan wayar untuk bekalan elektrik.

 ??  ?? PADAM: Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran. MUSNAH: Rumah lama dijadikan stor musnah 100 peratus dalam kebakaran pagi semalam.
PADAM: Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran. MUSNAH: Rumah lama dijadikan stor musnah 100 peratus dalam kebakaran pagi semalam.
 ??  ?? LEGA: Mangsa mendukung anak bongsunya menjelaska­n sesuatu kepada pegawai bomba.
LEGA: Mangsa mendukung anak bongsunya menjelaska­n sesuatu kepada pegawai bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia