Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada lesen memandu catat jumlah saman terbanyak

Sebanyak 8,527 kenderaan diperiksa, 651 saman dikeluar pada Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2018 yang berakhir Ahad lepas

-

KUCHING: Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) Sarawak telah memeriksa 8,527 kenderaan dan sejumlah 651 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan sepanjang dua minggu Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2018 yang berakhir Ahad lepas.

Pengarahny­a Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata kesalahan tiada lesen memandu mencatatka­n jumlah saman terbanyak iaitu 267 kes, diikuti kesalahan nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i (110 kes) dan lesen memandu tamat tempoh sebanyak 86 kes.

“Terdapat juga kesalahank­esalahan lain yang turut dikeluarka­n saman termasuk kesalahan memotong di garisan berkembar (52 kes), lesen memandu tamat tempoh, keadaan tayar yang ‘botak’ serta lebih muatan.

“Sementara itu, sebanyak 256 notis telah dikeluarka­n iaitu termasuk notis larangan penggunaka­n kenderaan sebanyak 109 kes, notis temu siasat sebanyak 57 kes, notis arah timbang sebanyak 55 kes, notis arah periksa kenderaan (22 kes) dan notis LPKP sebanyak 13 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan berhubung operasi tersebut yang bermula sejak 8 Jun lalu, di sini semalam.

Selain itu, pihaknya turut mengambil tindakan terhadap beberapa kenderaan barangan yang ingkar arahan tempoh larangan penggunaan dua hari sebelum perayaan dan dua hari sebelum operasi tamat.

“Bagi sebelum perayaan (13 dan 14 Jun), sejumlah 20 saman dikeluarka­n iaitu tiga untuk lori mengangkut batu, tanah dan pasir dan 20 lagi untuk pelbagai lori.

“Manakala pada 23 dan 24 Jun pula, hanya tiga saman dikeluarka­n masing-masing untuk lori jenis low-loader dan pengangkut­an kenderaan serta lori jenis timber-jinker,” katanya.

Shafiq selain itu turut memberitah­u, antara objektif pelaksanaa­n operasi khas tersebut adalah untuk memberikan keselesaan dan kesejahter­aan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dalam keadaan cermat untuk sampai ke destinasi dengan selamat.

“Melalui operasi seperti ini diharapkan agar dapat memperting­katkan ‘Perception Of Being Cought’ kepada semua pengguna jalan raya.

“Selain itu, diharapkan juga ia dapat membudayak­an pemanduan berhemah dan selamat oleh pengguna jalan raya dan sekali gus dapat mengurangk­an kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Terdapat juga kesalahan-kesalahan lain yang turut dikeluarka­n saman termasuk kesalahan memotong di garisan berkembar (52 kes), lesen memandu tamat tempoh, keadaan tayar yang ‘botak’ serta lebih muatan. Mohd Syafiq Anas Abdullah Pengarah JPJ Sarawak

 ??  ?? PERIKSA: Syafiq (dua kiri) memeriksa lesen penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi tersebut.
PERIKSA: Syafiq (dua kiri) memeriksa lesen penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia