Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak puas hati ditegur mabuk, anak mengamuk cederakan ibu

-

LIMBANG: Gara- gara menegur anak lelakinya mabuk, seorang wanita luka di dahi dan lebam mata dalam pertengkar­an di sebuah rumah di Kampung Lubok Tuan, di sini Sabtu lalu.

Kejadian jam 4.30 petang itu, suspek naik angin apabila ditegur justeru mengamuk serta bertindak menendang meja makan serta merosakkan barangan lain di dapur dan dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata mangsa mulanya menegur suspek baharu balik ke rumah dalam keadaan mabuk kerana tiba-tiba menarik rambut cucunya berumur tiga tahun yang berada di dapur.

“Suspek kemudian marah apabila ditegur lalu mengamuk serta bertindak menendang meja makan dan merosakkan barang- barang lain di dapur dan dalam rumah.

“Melihat suspek masih mengamuk, mangsa cuba menghalang­nya tetapi ditumbuk sehingga berlaku pergelutan,” katanya di sini semalam.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami luka di dahi dan lebam mata kanan namun tidak pasti sama ada ditumbuk atau jatuh dalam pertengkar­an itu.

Beliau berkata, mangsa dirawat di Hospital Limbang mengalami kerugian RM150 akibat kejadian itu.

Laporan polis dibuat anak perempuan mangsa sehingga membawa kepada penangkapa­n suspek jam 4 petang Ahad lalu.

“Suspek dibawa ke mahkamah kelmarin (Isnin) untuk permohonan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ),” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan 323 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? TERGAMAK: Suspek ditahan polis petang Ahad lalu.
TERGAMAK: Suspek ditahan polis petang Ahad lalu.
 ??  ?? CEDERA: Mangsa menerima rawatan di Hospital Limbang.
CEDERA: Mangsa menerima rawatan di Hospital Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia