Utusan Borneo (Sarawak)

Kemasukan PPBM dikhuatiri cetuskan kecelaruan politik

-

MIRI: Kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke Sarawak dilihat lebih membawa kepada kecelaruan dan kekeliruan politik dalam kalangan rakyat.

Timbalan Pengerusi PBB Ranting Kampung Bakam Mokhtar Ree menyatakan bahawa tidak ada keperluan untuk Sarawak menerima parti lain untuk bertapak di Sarawak.

“Kita tidak mahu seperti Sabah iaitu UMNO gagal mentadbir negeri itu sehingga tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan paling penting, kita selesa dengan kerajaan negeri sekarang,” katanya di sini semalam.

Kemasukan parti lain katanya, hanya mengundang kekeliruan dalam kalangan rakyat ekoran Sarawak sendiri telah mempunyai parti politik tempatan.

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) sendiri ada beberapa komponen parti politik di dalamnya, bahkan terdapat parti tempatan lain juga telah ditubuhkan.

“Saya tidak merasakan kemasukan PPBM ke Sarawak akan mendapat tempat di hati rakyat Sarawak lebih-lebih lagi ketika Sarawak menolak UMNO,” jelasnya.

PPBM tegasnya, sama seperti Parti Pakatan Harapan (PH) lain yang cuba mencari ruang dan peluang untuk bertapak di Sarawak sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021.

“Kita amat berharap pemimpin GPS tidak terburu-buru membuat keputusan untuk menerima kemasukan parti dari luar kerana ia bakal memberi impak lain kelak,” jelasnya.

Bagi pemerhati politik tempatan, Datuk Wan Zain Syed Mohdzar, PPBM sekadar ingin mencari kekuatan dan sokongan di Sarawak berbanding di Sabah.

“Mengapa PPBM tidak mahu melebarkan sayapnya ke Sabah kerana saki baki parti UMNO kini menjadi sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan pusat.

“Sehubungan itu kita yakin PPBM mempunyai agenda sendiri dan kemungkina­n mahu menguasai kerajaan negeri pada PRN 2021 kelak,” katanya.

Tambahnya, jika PPBM ingin menjaga kepentinga­n kaum Melayu, maka pengerusin­ya tidak perlu mengambil ‘U-turn’ untuk bertapak di Sarawak.

“Kita mempunyai PBB yang menjaga kepentinga­n orang Melayu dan bukan Melayu, SUPP, PRS dan PDP dalam GPS, maka tidak perlu PPBM masuk ke sini,” jelasnya.

 ??  ?? Mok hta r Ree
Mok hta r Ree
 ??  ?? Wan Zain
Wan Zain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia