Utusan Borneo (Sarawak)

Mana-mana parti boleh kembang sayap ke Sarawak, Malaysia negara demokrasi

-

KUCHING: Mana-mana parti politik termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) boleh mengembang­kan sayap mereka ke Sarawak, kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pintu adalah terbuka untuk mereka membuka cawangan di negeri ini tetapi ia terpulang kepada rakyat sama ada untuk menerimany­a atau tidak.

“Sarawak memang terbuka kepada mana-mana parti yang nak datang mengembang­kan sayapnya tetapi saya percaya, rakyat Sarawak sudah cukup matang dalam politik,” ka- tanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai rancangan PPBM untuk memasuki Sarawak, ketika ditemu bual selepas sidang media Rainforest Fringe Festival (RFF) 2018 di Borneo 744 di sini, semalam.

Pada masa sama, Karim yang juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan turut menyatakan kehairanan­nya terhadap hasrat PPBM itu, dengan menyifatka­n ia seakan-akan menunjukka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai keyakinan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang sememangny­a sudah bertapak di Sarawak.

“Kalau ikutkan, mereka sudah mempunyai Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang menggabung­kan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

“Kemungkina­n Tun M tidak begitu percaya dengan partiparti ini, sebab itu beliau nak membawa partinya masuk... ini cuma spekulasi sayalah,” katanya.

Pada Isnin lepas, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM berkata beliau sedang mempertimb­ang untuk melebarkan pengaruh parti itu ke Sarawak, seiring dengan permintaan rakyat Sarawak dan sebagai sebahagian usaha PPBM untuk menambah keahlianny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia