Utusan Borneo (Sarawak)

PBB percaya rakyat Sarawak matang, sentiasa sokong parti tempatan

-

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) percaya rakyat peribumi Sarawak matang dan akan sentiasa menyokong parti tempatan untuk memperjuan­gkan hakhak orang Sarawak.

Naib Presiden PBB Dr Abdul Rahman Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk masuk ke Sarawak.

“Bagi saya parti masyarakat bumiputera adalah PBB, kerana ia terbukti sejak merdeka parti ini telah menyediaka­n satu wawasan serta misi dan visi yang mantap.

“Selepas 50 tahun merdeka juga terbukti PBB dapat membangunk­an masyarakat dan negeri Sarawak terutama masyarakat Bumiputera.

“Pemimpin kita memberi penekanan untuk masyarakat di luar bandar yang juga terdiri daripada kalangan masyarakat peribumi, jadi sokongan akan berkekalan walaupun banyak parti lain masuk,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini semalam.

Beliau tegasnya, tidak menafikan hak parti lain, tetapi percaya sebagai tuan rumah, sudah pasti akan menjaga rumah sendiri, keluarga sendiri, kenapa perlu mencari orang lain untuk berbuat demikian.

Secara peribadi, kita tidak khuatir, mereka dijemput datang cuma jangan cuba untuk lakukan perpecahan masyarakat terutama ketika berkempen seperti yang berlaku di Semenanjun­g Malaysia.

“Kita terima sebagai sebuah negara yang mengamalka­n sistem demokrasi, tidak ada bantahan, ini adalah pandangan peribadi saya iaitu kita men- galukan kedatangan parti ini.

“Mana-mana parti sekalipun, diharap niat mereka adalah untuk membawa rakyat bersatu dan bukan melaga-laga dan memecahbel­ahkan sesama kita.

“Saya tidak ada bangkangan untuk Parti Pribumi (Bersatu Malaysia) masuk ke Sarawak, diharap semasa pilihan raya, parti ini berupaya untuk menguruska­n perjalanan pilihan raya sebaiknya seperti biasa,” jelasnya.

Pada masa yang sama, rumah terbuka beliau dan isteri Siti Syorgayah Ahmad Zaidin turut meriah dikunjungi ramai kenamaan.

Mereka adalah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Pengerusi Daya Builders Sdn Bhd Ibrahim Baki dan ramai lagi.

 ??  ?? KENANGAN AIDILFITRI: Dr Abdul Rahman (tengah) dan isteri, Shorgayah (dua kanan) bergambar bersama Lee (dua kiri) dan kenamaan lain di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kuching semalam.
KENANGAN AIDILFITRI: Dr Abdul Rahman (tengah) dan isteri, Shorgayah (dua kanan) bergambar bersama Lee (dua kiri) dan kenamaan lain di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia