Utusan Borneo (Sarawak)

Kemasukan PPBM, UMNO harus dilihat sebagai gambaran besar lapangan politik Sarawak

-

MUKAH: Kemungkina­n kemasukan dua parti politik berteraska­n Semenanjun­g Malaysia iaitu Parti Pribumi Bersatu (PPBM) dan UMNO harus dilihat sebagai satu gambaran besar kepada lapangan politik Sarawak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Juanda Jaya berkata, ia sesuatu yang sangat dialu-alukan demi kesuburan demokrasi terutama untuk Sarawak.

“Apa salahnya masuk ke Sarawak, jika semua ikhlas untuk bekerja demi rakyat, sangat dialu-alukan (kedatangan),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa parti itu berniat untuk melebarkan sayapnya sehingga ke Sarawak.

Namun, Dr Mahathir pada masa sama menyatakan PPBM tidak akan ke Sabah kerana sudah mempunyai sekutu iaitu Parti Warisan.

“Seperti juga UMNO yang sudah ada di Sabah, tiada juga halangan untuk ke Sarawak,” jelas Juanda.

Beliau sebenarnya mengharapk­an apa yang bakal terjadi dengan kemasukan PPBM dan UMNO ke Sarawak hanyalah untuk kebaikan rakyat negeri ini secara keseluruha­nnya dan tidak lebih daripada itu.

Mengenai pendirian PBB katanya lagi, beliau menyatakan bahawa parti itu tidak akan menghalang proses demokratik itu.

“Tambahan juga, rakyat sendiri yang akan menilai semuanya,” jelasnya.

Beliau begitu yakin UMNO turut akan memasuki Sarawak jika PPBM berbuat demikian.

Sebelum ini, PBB merupakan parti tunjang dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak namun setelah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), BN gagal membentuk kerajaan di peringkat persekutua­n.

Sebaliknya, kerajaan dibentuk dengan kemenangan majoriti mudah oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada empat parti utama iaitu PPBM, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Keempat-empat parti komponen BN Sarawak akhirnya memutuskan keluar daripada pakatan BN iaitu terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) dan akhirnya membentuk satu pakatan baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).

BN pula daripada 13 parti komponen yang menyertain­ya sebelum PRU14, kini hanya tinggal tiga iaitu UMNO, MCA dan MIC di mana GERAKAN adalah parti paling mutakhir meninggalk­an gabungan itu.

 ??  ?? Dr Juand A
Dr Juand A

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia