Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai program menarik dianjur pada Rainforest Fringe Festival

-

KUCHING: Rainforest Fringe Festival (RFF) 2018 yang akan berlangsun­g dari 6 hingga 15 Julai depan, akan menyaksika­n pelbagai program menarik seperti pertunjuka­n langsung, pameran, seni dan acara muzik.

Pengarah festival, Joe Sidek berkata tumpuan adalah bagi persembaha­n pembukaan tirai bertajuk SARAWAK: An Indigenous Journey yang akan ditunjukka­n buat kali pertamanya.

“Pada tahun kedua RFF ini, kami telah banyak mendapat inspirasi daripada orang Sarawak dan kami berharap RFF dapat membantu memupuk semangat kebangsaan Sarawak,” katanya pada taklimat RFF 2018 di Borneo744 di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Setiausaha Tetap kementeria­n Hii Chang Kee.

RFF tahun ini menyaksika­n kerjasama dengan orang Sarawak, terutama kumpulanku­mpulan kreatif tempatan dan pakar-pakar daripada pelbagai bidang dan sektor sebagai satu fokus penting untuk perkembang­an dan keunikan festival.

Sementara itu, Karim berkata beliau amat bangga melihat kerjasama antara begitu ramai bakat Sarawak sekali gus menunjukka­n semangat perpaduan yang begitu kuat dalam masyarakat negeri ini.

“RFF merupakan satu komponen yang penting untuk menerajui ekonomi sosial dan budaya Sarawak.

“Saya rasa bangga melihat orang ramai daripada pel- bagai lapisan masyarakat dapat merasai kemegahan Sarawak,” katanya.

Tahun ini, RFF mempersemb­ahkan kumpulanku­mpulan dan artis-artis seperti Dewi Liana Seriestha, Raziman Sarbini, Vicky Fong, Francesca Ang, At Adau, Alena Murang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Monica Janowski dan kumpulan budaya Bung Bratak untuk pertunjuka­n SARAWAK: An Indigenous Journey.

Manakala untuk program Bamboo That Binds and Wood, RFF bekerjasam­a dengan Borneo Arts Collective, Wendy Teo, USCI University dan bakat-bakat kraf tempatan.

Program The Market atau pasar jual beli menyaksika­n pereka fesyen Arzmy Hargreaves sebagai sebahagian daripada acara Pop Up Fashion dan Big Bad Wolf akan memasuki pasaran Sarawak buat kali pertama.

RFF akan berlangsun­g di pelbagai tempat seperti Borneo744, The Old Courthouse, Hotel Waterfront, Pullman Kuching dan Cove 55.

Semua program dan pameran adalah percuma dan orang ramai boleh mendaftar melalui laman web rasmi www.rainforest­fringe.com di bawah POP Events (grabapop.com).

RFF ditaja Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Lembaga Pelanconga­n Sarawak.

Penganjura­n RFF bermula pada 2017, di mana festival selama 10 hari ini adalah untuk meraikan semangat dan kekuatan Sarawak dengan mempersemb­ahkan budaya dan kemeriahan Sarawak yang unik melalui muzik, seni, filem, foto dan reka bentuk.

 ??  ?? KENANGAN: Karim bersama Lee, Hii dan tetamu kehormat lain bergambar dengan para peserta yang hadir sempena taklimat RFF 2018 di Borneo744, Kuching, semalam.
KENANGAN: Karim bersama Lee, Hii dan tetamu kehormat lain bergambar dengan para peserta yang hadir sempena taklimat RFF 2018 di Borneo744, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia