Utusan Borneo (Sarawak)

UNIFOR miliki bangunan sendiri tidak lama lagi

Tanah seluas tiga ekar di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching dilulus sebagai tapak bina kompleks UNIFOR

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama Lain ( UNIFOR) akan memiliki bangunan sendiri dalam masa terdekat ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kabinet negeri Sarawak telah meluluskan tanah seluas tiga ekar di Jalan Ong Tiang Swee di sini sebagai tapak membina kompleks UNIFOR.

Katanya, kompleks itu apabila siap nanti akan menempatka­n pejabat UNIFOR serta kemudahan lain untuk latihan, mesyuarat dan ak- tiviti-aktiviti berkaitan.

“Bangunan ini akan menjadi tempat pertemuan kepada semua pertubuhan mewakili agama lain, berkumpul dan berkomunik­asi antara satu sama lain sekali gus meningkatk­an keharmonia­n agama di Sarawak.

“Itu sangat penting bagi Sarawak,” katanya pada penyerahan cek daripada UNIFOR kepada Keuskupan Anglikan Kuching, St Thomas dan Persatuan Kuil Sikh Sarawak (SSTA) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah

Bangunan ini akan menjadi tempat pertemuan kepada semua pertubuhan mewakili agama lain berkumpul dan berkomunik­asi antara satu sama lain sekali gus meningkatk­an keharmonia­n agama di Sarawak.

Adat dan Pembanguna­n Wilayah dan menteri bertanggun­gjawab ke atas UNIFOR berkata, buat masa ini pembinaan kompleks itu masih di peringkat perancanga­n.

“Kita berharap ia dapat dibina dan siap secepat mungkin.

“Apabila siap nanti kita boleh menyediaka­n perkhidmat­an seperti diharapkan oleh pertubuhan agama lain di Sarawak sekarang.

“Saya fikir hanya kita (Sarawak) di Malaysia mempunyai unit seperti ini,” katanya sambil menambah, beliau gembira kerana UNIFOR mendapat peruntukan dan tanah untuk merealisas­ikan pembinaan kompleks tersebut.

UNIFOR ditubuhkan pada 22 April 2017 dan di bawah Jabatan Ketua Menteri, fungsinya ialah menjaga hal ehwal agama-agama bukan Islam di Sarawak seperti pembinaan dan membaik pulih rumah ibadat, menyelaras serta membantu mendapat- kan tapak untuk membina rumah ibadat dan perkara lain berkaitan agama lain di negeri ini.

Beliau memberitah­u, setakat ini UNIFOR mempunyai 17 kakitangan dan jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa.

Uggah turut memberitah­u, kabinet negeri Sarawak juga telah meluluskan Unit Tabung Amanah Amal Agama Lain Sarawak pada 29 Mac tahun ini.

“Tabung amanah ini bertujuan menjaga kebajikan agama lain di bawah bidang kuasa UNIFOR,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia