Utusan Borneo (Sarawak)

206 badan terima peruntukan daripada UNIFOR Sarawak sehingga Mei

-

KUCHING: Sebanyak 206 badan mewakili agama-agama lain di negeri ini telah menerima peruntukan daripada Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) Sarawak sehingga Mei tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia melibatkan RM15.87 juta dan jumlah itu adalah daripada RM20 juta peruntukan keseluruha­n bagi tahun 2018.

“Baki peruntukan bagi tahun 2018 akan kita agihkan ( kepada badan mewakili agama lain) dalam fasa kedua tahun ini,” katanya pada penyerahan dana UNIFOR untuk dua pertubuhan agama lain iaitu Keuskupan Anglikan Kuching, St Thomas dan Persatuan Kuil Sikh Sarawak (SSTA).

Penyerahan cek itu diadakan di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Pada penyerahan itu, RM500,000 telah diperuntuk­an kepada St Thomas bagi membantu membina St Thomas House of Epiphany manakala RM200,000 lagi untuk SSTA bagi membantu persatuan itu menyediaka­n tapak krematoriu­m dicadangka­n.

Cek disampaika­n Uggah kepada Pembantu Bishop Rev Nelson Ugas Bulang mewakili Keuskupan Anglikan Kuching manakala SSTA diwakili Presidenny­a Dr Kalwinder Singh Khaira.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, pada tahun lepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n peruntukan RM15 juta untuk UNIFOR.

Menurutnya, peruntukan itu bagi membantu penganut agama lain selain Islam seperti Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Bahai dan lain- lain membina rumah ibadat masing- masing di negeri ini.

“Tahun lalu, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM15 juta untuk UNIFOR dan ia telah memberi manfaat kepada 77 penerima,” katanya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Jaul Samion, Pengarah UNIFOR Datu Dr Ngenang Janggu, Setiausaha Agung Persatuan Gereja- Gereja Sarawak Ambrose Linang dan Setiausaha Keuskupan Anglikan Kuching Rev John Shim.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Nelson (dua kanan) mewakili Keuskupan Anglikan Kuching, St Thomas menerima cek sumbangan UNIFOR daripada Uggah. Turut kelihatan (dari kanan) Shim, Ngenang, Jaul, Dr Kalwinder Singh dan Ambrose.
TERIMA KASIH: Nelson (dua kanan) mewakili Keuskupan Anglikan Kuching, St Thomas menerima cek sumbangan UNIFOR daripada Uggah. Turut kelihatan (dari kanan) Shim, Ngenang, Jaul, Dr Kalwinder Singh dan Ambrose.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia