Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS meterai MoU dengan Estream MSC

-

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) semalam menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Estream MSC Sdn Bhd bagi program meningkatk­an akademik pelajar dan warga kerjanya.

Upacara menandatan­gani MoU antara kedua-dua pihak telah disempurna­kan Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid dan Pengarah Urusan Estream MSC Sdn Bhd Desmond Law Hoe Yen.

Menerusi kenyataan media yang diberi, antara program kerjasama yang akan dijalankan adalah UCTS dan Estream akan memasuki hubungan kerjasama untuk tujuan umum seperti pendidikan, penyelidik­an dan aktiviti kerjasama lain untuk faedah bersama.

Dalam pada itu, ia memberikan persediaan dan latihan penyam- paian pensyarah untuk berjinakji­nak dengan Perisian Perakaunan Berkompute­r iaitu Akaun SQL dan/atau SQL Payroll.

Perisian perakaunan ini akan dimasukkan ke dalam kursus Sistem Maklumat Perakaunan MBC-3323.

Oleh itu, para pelajar akan dilengkapk­an dengan pengalaman secara langsung menggunaka­n perisian berkenaan.

Menerusi MoU ini juga, keduadua pihak dapat memulakan projek bersama yang melibatkan kerjasama penyelidik­an dan berkongsi kepakaran dan pembanguna­n penyelidik­an secara bersama.

Sementara itu, Estream Sdn Bhd adalah pemaju perisian dari Malaysia yang menyediaka­n aplikasi proses perniagaan seperti perisian perakaunan dan perisian pem- bayaran gaji untuk perniagaan di Malaysia dan sekitar rantau ASEAN.

Syarikat ini mempunyai dua produk ternama yang dikenali sebagai Akaun SQL & SQL Payroll yang digunakan lebih 170,000 syarikat di Malaysia.

Estream Sdn Bhd telah banyak menjalin kerjasama dengan universiti di Malaysia kerana perisian perakaunan (SQL Account & SQL Payroll) menjadi pilihan sebahagian daripada kursus perakaunan mereka.

Hadir sama Timbalan Naib Censelor UCTS ( Akademik) Profesor Dato Dr Sabaruddin Mohd, Dekan School of Business and Management (SBM) Profesor Madya Dr Mohd Zainal Munshid Harun dan Penasihat Pendidikan Estream MSC Sdn Bhd Ong Bee Wei.

 ??  ?? JALIN KERJASAMA: Dr Khairuddin (lima kiri) bertukar dokemen MoU dengan Desmond pada majlis ringkas di UCTS, semalam.
JALIN KERJASAMA: Dr Khairuddin (lima kiri) bertukar dokemen MoU dengan Desmond pada majlis ringkas di UCTS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia