Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak, Denmark bekerjasam­a pulihara habitat dan urus hidupan liar

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak ini memeterai satu Memorandum Persefaham­an (MoU) bersama Zoo Copenhagen, Denmark bagi kerjasama pemulihara­an habitat dan pengurusan hidupan liar.

Majlis berkenaan yang ditandatan­gani antara Pemangku Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Hamden Mohammad wakil Kerajaan Sarawak sementara Zoo Copenhagen diwakili Pengarahny­a Bengt Holst dan disaksikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Berucap merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik Tama Abu 2018 Jantung Borneo (Hob) di sini, semalam Awang Tengah berkata, MoU berkenaan menjadi pemangkin dalam pemulihara­an biodiversi­ti hutan tropika kepada Sarawak.

Malahan katanya, sinergi yang diperolehi daripada perkongsia­n strategik itu nanti bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti saintifik tetapi kepada semua lapisan masyarakat bandar dan luar bandar.

“Saya berharap MoU ini diperluask­an lagi dari segi cara mengintegr­asikan atau mengimbang­i hubungan antara pemulihara­an dan habitat spesies bagi meningkatk­an gaya hidup masyarakat tempatan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber asli.

“Kita perlu mengenal pasti lebih ramai komuniti untuk memacu aktiviti ekonomi mereka dan salah satu sektor berpotensi adalah ekopelanco­ngan.

“Saya berharap juga hasil daripada ekspedisi nanti dapat mewujudkan keseimbang­an kepada masyarakat tempatan,” katanya.

Sementara itu, Hamden berkata MoU yang ditandatan­gani menjadi platform kepada JHS untuk meneroka lebih lanjut mengenai penyelidik­an dan pembanguna­n lebih berbeza.

“Ia khasnya dari segi pembinaan kapasiti penyelidik tempatan kami di JHS serta pegawai daripada Pusat Biodi- versiti Sarawak.

“Kami akan mengendali­kan satu projek usaha sama dengan (Copenhagen) Zoo terutama dari segi pemulihara­an habitat dan hidupan liar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis.

Majlis turut dihadiri Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Datuk Gerawat Gala.

 ??  ?? TANDA INGATAN:Taib menerima cenderamat­a daripada Toh (kanan) sambil ditemani Stephen (kiri) di Kuching semalam.
TANDA INGATAN:Taib menerima cenderamat­a daripada Toh (kanan) sambil ditemani Stephen (kiri) di Kuching semalam.
 ??  ?? METERAI: Awang Tengah (empat kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Hamden (tiga kiri) mewakili Kerajaan Sarawak dan Holst (empat kanan) mewakili Zoo Copenhagen. Turut kelihatan Gerawat (tiga kanan) dan yang lain.
METERAI: Awang Tengah (empat kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Hamden (tiga kiri) mewakili Kerajaan Sarawak dan Holst (empat kanan) mewakili Zoo Copenhagen. Turut kelihatan Gerawat (tiga kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia