Utusan Borneo (Sarawak)

Masih banyak bahagian di Sarawak belum diteroka

Ekspedisi saintifik diperluas ke kawasan belum diterokai khasnya TPA negeri ini: Awang Tengah

- Oleh Jessica Jawing

Kita telah memperluas­kan kawasan di bawah Jantung Borneo (HoB) daripada 1.2 juta hektar kepada 2.7 juta hektar.

KUCHING: Lebih banyak ekspedisi saintifik dianjurkan dengan diperluas kepada kawasan belum diterokai khasnya Kawasan Lindungan Sepenuhnya (TPA) negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, masih banyak bahagian di negeri ini yang bergunung-ganang dan diliputi hutan hujan yang kaya dengan biodiversi­ti masih belum diterokai.

“Kita telah memperluas­kan kawasan di bawah Jantung Borneo (HoB) daripada 1.2 juta hektar kepada 2.7 juta hektar.

“Kerajaan Sarawak melalui Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli komited serta menyokong usaha Jabatan Hutan mengendali­kan lebih banyak ekspedisi saintifik khasnya di kawasan TPA yang belum diterokai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik Tama Abu 2018 Jantung Borneo (HoB) yang dihadiri Pemangku Pengarah Jabatan Hutan Sarawak ( JHS) Hamden Mohammad di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, selain kawasan HoB Sarawak mempunyai kawasan yang telah diwartakan sebagai TPA.

Menurut beliau Kerajaan Sarawak komited mewartakan sekurang kurangnya satu juta hektar hutan sebagai TPA menjelang 2020.

Mengulas lanjut katanya, penyertaan pakar antarabang­sa dan tempatan daripada pelbagai bidang dalam ekspe- disi itu amat dihargai.

Ia terutamany­a kata beliau, perkongsia­n idea, data keputusan komprehens­if serta pemerhatia­n dalam kalangan mereka.

“Ekspedisi boleh dianjurkan setiap tahun pada skala berbeza. Saya percaya pegawai Jabatan Hutan dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) mempunyai pengalaman dan kapasiti untuk menganjurk­annya setiap tahun,” katanya.

Sementara itu Hamden dalam ucapannya berkata, sejak 2008 sebanyak lima ekspedisi saintifik telah dianjurkan di kawasan HoB dalam pelbagai bidang.

“Ia termasuk bidang ekologi dan kelakuan lima kucing liar Sarawak, sumber asli digunakan masyarakat tempatan di kawasan HoB dan kepelbagai­an spesies berdasarka­n ketinggian,” katanya.

Beliau berkata, daripada Ekspedisi Saintifik 2016 di Long Banga, peserta mendapat idea tentang ‘Wildlife Trade Off’.

“Objektif projek untuk mengintegr­asikan antara pemulihara­an hidupan liar dan kelestaria­n penggunaan sumber asli dalam kalangan komuniti tempatan.

“Objektif utama projek adalah membasmi kemiskinan luar bandar dan projek dilaksanak­an di Long Banga dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada pertengaha­n tahun 2019,” katanya.

Majlis turut dihadiri Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala dan Pengarah Zoo Copenhagen, Denmark Bengt Holst.

 ??  ?? RASMI: Awang Tengah memukul gong sebagai simbolik perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Tama Abu 2018 Jantung Borneo (HoB) sambil disaksikan Len Talif (dua kanan), Gerawat (kiri), Holst (empat kanan) serta yang lain, semalam. Datuk Amar Awang Tengah...
RASMI: Awang Tengah memukul gong sebagai simbolik perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Tama Abu 2018 Jantung Borneo (HoB) sambil disaksikan Len Talif (dua kanan), Gerawat (kiri), Holst (empat kanan) serta yang lain, semalam. Datuk Amar Awang Tengah...
 ??  ?? PERIKSA: Pegawai penguat kuasa KPDNKK menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas sebuah premis niaga di Bintulu semalam.
PERIKSA: Pegawai penguat kuasa KPDNKK menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas sebuah premis niaga di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia