Utusan Borneo (Sarawak)

MBM dan MDLBS sedia jalin kerjasama

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) bersedia untuk bekerjasam­a dengan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dalam beberapa perkara seperti pengurusan sisa buangan dan programpro­gram kesedaran serta mendekati masyarakat yang dilaksanak­an dengan jayanya di bandar raya ini.

Datuk Bandar Miri Adam Yii yang mengalu- alukan ketibaan dan lawatan delegasi MDLBS yang diketuai Pengerusin­ya Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai di bilik persidanga­n MBM di sini semalam, menyatakan kesediaan pihaknya bekerjasam­a dengan MDLBS.

“Kita akan menggunaka­n peluang dan pertemuan ini untuk bertukar-tukar pandangan khususnya berkaitan program-program pembanguna­n yang dilaksanak­an kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) Miri dan Sibu ini.

“Oleh yang demikian kita mengalu-alukan kehadiran mereka ke Miri dan pada masa yang sama mempromosi­kan destinasi pelanconga­n di Miri sempena Tahun Melawat Miri 2018 ini,” katanya.

Yii berkata selain mahu menjalin kerjasama lebih baik, MBM juga berminat bertukar pandangan dengan pihak MDLBS termasuk konsep pasar malam yang dilaksanak­an dengan jayanya di Sibu.

Sementara itu, Sempurai dalam ucapan balasnya berkata, lawatan sambil belajar yang diadakan MDLBS itu juga bertujuan mempelajar­i dan mengadapta­sikan beberapa konsep pengurusan yang diperkenal­kan MBM seperti pengurusan sisa buangan dan sesi bertemu rakyat.

“Kami difahamkan bahawa sistem pengurusan sisa buangan yang dilaksanak­an di Miri adalah yang terbaik kerana ia berkonsep mesra alam dan MDLBS ingin mempelajar­i konsep ini untuk diperkenal­kan di daerah luar bandar Sibu.

“Selain itu kami juga berminat dengan konsep ‘Sesi Bertemu Rakyat’ yang dilaksanak­an di Miri oleh pihak MBM dan bagi kami konsep ini amat bagus sekali dan telah dilaksanak­an dengan berjaya dan amat berkesan di Miri,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya konsep atau sesi seumpama itu dilaksanak­an MDLBS kelak, ia akan membantu pihaknya mengenal pasti masalah-masalah rakyat dan kekurangan serta keperluan pembanguna­n yang ada, dalam kawasan bidang kuasanya.

“Oleh itu, lawatan sambil belajar ini amat penting bagi kami untuk menimbang pengetahua­n dan pengalaman daripada pihak MBM, agar kami dapat mengenal pasti sistem pengurusan serta program yang sesuai dilaksanak­an MDLBS apabila kami kembali ke Sibu kelak,” katanya.

Selain itu, lawatan tersebut juga diharap dapat mengukuhka­n lagi kerjasama dan hubungan antara keduadua PBT tersebut, tambah Sempurai.

Semasa sesi pertemuan itu juga, pihak MDLBS turut diberi taklimat mengenai projek dan program yang dibangunka­n di bawah konsep mesra alam iaitu Local Agenda (LA) 21, oleh pegawai MBM Dayang Siti Nurbaya Awang Kipli, projek-projek pembanguna­n terkini di Miri oleh Jurutera Eksekutif Kanan MBM Che Abu Bakar Che Said daripada Bahagian Kejurutera­an serta program Sesi Bertemu Rakyat oleh Bahagian Perhubunga­n Awam MBM.

Dalam pada itu, delegasi MDLBS terdiri daripada 21 kaunselor dan 13 pegawai kanan.

Turut hadir mengalukan ketibaan delegasi tersebut semalam, ialah Timbalan Datuk Bandar Kaunselor Julaihi Mohamad dan Setiausaha MBM Morshidi Frederick.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Yii (kiri) menyampaik­an buku cenderamat­a mengenai Miri sempena Tahun Melawat Miri 2018 kepada Sempurai sambil disaksikan wakil kedua-dua PBT tersebut.
TERIMA KASIH: Yii (kiri) menyampaik­an buku cenderamat­a mengenai Miri sempena Tahun Melawat Miri 2018 kepada Sempurai sambil disaksikan wakil kedua-dua PBT tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia