Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga, pemilik premis patuhi peraturan ditetapkan KPDNKK

-

BINTULU: Rata-rata peniaga dan pemilik premis niaga di sini mematuhi peraturan ditetapkan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Ketua KPDNKK Bintulu Salihin Den berkata pemeriksaa­n dijalankan pegawai penguat kuasa mendapati peniaga menjual harga barangan dengan kadar harga ditetapkan serta mempamerka­n tanda harga pada setiap barangan dan alat timbang dan sukat yang tepat.

“Pemeriksaa­n turut mendapati peniaga mematuhi peraturan sifar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an ( GST) yang berkuat kuasa 1 Jun lalu,“katanya di sini semalam. Bagaimanap­un, sesetengah premis perniagaan masih dalam proses mengemas kini tanda harga terhadap setiap barangan jualan berkaitan perubahan harga yang mana KPDNK masih memberi masa bagi mereka melakukan kemas kini.

Salihin berharap orang awam melaporkan atau menghubung­i talian KPDNKK berdekatan sekiranya mengetahui terdapat sebarang kegiatan peniaga melanggar peraturan ditetapkan bagi membolehka­n tindakan diambil.

“Sebaik-baiknya setiap pe- niaga dinasihati supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka,” jelasnya.

Pemantauan dan pemeriksaa­n ini dijalankan bagi memastikan peniaga memenuhi peraturan ditetapkan, peraturan berkaitan perihal perdaganga­n, akta timbang dan sukat serta berkaitan perihal perdaganga­n lain bagi kepentinga­n pengguna.

Untuk pertanyaan atau aduan orang ramai boleh menghubung­i talian KPDNKK Bintulu 086332176 atau datang ke pejabat KPDNKK Bintulu, Jalan Tun Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia