Utusan Borneo (Sarawak)

Sambung sekolah pedalaman dengan bekalan elektrik

Bekalan elektrik penting untuk proses pengajaran dan pembelajar­an

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail mahu sekolahsek­olah terutama di pedalaman Sarawak disambung dengan bekalan elektrik tanpa bergantung kepada tenaga daripada penjana kuasa (generator).

Beliau berkata kemudahan bekalan elektrik amat penting untuk proses pengajaran dan pembelajar­an di sekolah.

Jelasnya, sekolah yang hanya terletak beberapa kilometer dari kemudahan grid elektrik perlu terus disambung kepada kemudahan itu tanpa perlu bergantung kepada penjana kuasa.

“Saya mahu sekolah di Limbang dan di negeri ini disambung terus kepada grid elektrik tanpa perlu bergantung kepada generator diesel.

“Dengan adanya kemudahan grid elektrik para pelajar dan warga guru dapat menggunaka­n kemudahan itu 24 jam untuk proses pembelajar­an,” katanya pada Pemimpin Bersama Rakyat anjuran bersama Pusat Kecemerlan­gan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Kota di sini semalam.

Turut sama ialah Pegawai PPD Limbang Matzinan Wahid.

ADUN Bukit Kota itu berkata penyambung­an grid elektrik penting sekali gus menangani bekalan diesel yang tergendala di beberapa sekolah sebelum ini.

Beliau berkata selain prasarana asas, sekolah yang perlu dinaik taraf, isu pembanguna­n lain seperti hospital terus diberi tumpuan tidak kira kerajaan yang memerintah.

Dr Abdul Rahman juga menasihati warga pendidik agar tidak selesa dengan pencapaian pendidikan yang dicapai sebelum ini sebaliknya prestasi pendidikan perlu dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya kerajaan menyalurka­n peruntukan kepada sekolah-sekolah termasuk untuk program memperkasa prestasi bagaimana menghadapi peperiksaa­n awam.

Ka t any a keputus a n peperiksaa­n awam perlu dipertingk­atkan dan semua memain peranan untuk menjulang mutu pendidikan di Sarawak.

Sejumlah RM218,000 geran peruntukan diserahkan membabitka­n 51 penerima pada majlis sama.

Saya mahu sekolah di Limbang dan di negeri ini disambung terus kepada grid elektrik tanpa perlu bergantung kepada generator diesel.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Maznah (tengah) bersama Alhadi (kiri) dan Mornie pada sidang media selepas tribunal tuntutan, semalam.
SIDANG MEDIA: Maznah (tengah) bersama Alhadi (kiri) dan Mornie pada sidang media selepas tribunal tuntutan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia