Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pemaju diarahkan membayar RM73,322.32 kepada pembeli rumah

-

KUCHING: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) Sarawak semalam, mengarahka­n tiga pemaju membayar kepada pembeli rumah sejumlah RM73,322.32 kerana kelewatan penyerahan.

Bagi kes pertama, Presiden TTPR Datuk Maznah Dasmi mengarahka­n salah satu pemaju yang membina teres setingkat di Blok 10 Senggi-Poak Land District, membayar kepada penuntut yang membeli seunit teres tengah di lokasi berkenaan sejumlah RM5,848 atas kelewatan penyerahan berdasarka­n formula dibenarkan oleh tribunal.

Bagi kes kedua pula, berdasarka­n formula dibenarkan tribunal, Maznah mengarahka­n kepada pemaju yang membina rumah teres setingkat di Blok 8 Matang, untuk membayar kepada penuntut yang juga membeli unit tengah rumah dengan bayaran berjumlah RM6,059.52.

Sementara kes ketiga, bagi pemaju sebuah pangsapuri di Jalan Wan Alwi, Maznah mengarahka­n kepada pemaju membayar sejumlah RM61,417.80 kepada tiga penuntut terlibat.

Dalam kes berkenaan, pe- nuntut pertama akan dibayar sejumlah RM18,963 manakala pembeli atau penuntut kedua, menerima bayaran RM27,921.63 dan penuntut ketiga,dibayar RM14,532.21.

“Kesemua keputusan tuntutan dibuat berdasarka­n semua pemerhatia­n daripada kedua-dua pihak yang terlibat,” kata Maznah.

Beliau berkata, pihak yang menuntut mesti membuat tuntutan mereka dalam masa 45 hari selepas menerima surat daripada tribunal.

Antara ahli tribunal yang hadir, Alhadi Ibrahim dan Mornie Wahie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia