Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan perkuburan Islam baharu di Spaoh dikenal pasti

-

KUCHING: Kerajaan telah mengenal pasti dan meluluskan kawasan perkuburan baharu menggantik­an Tapak Perkuburan Islam Seruai, Spaoh iaitu di Lot 999 Blok 13 Paku Land District.

Demikian kenyataan akhbar yang dikeluarka­n Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sambil menambah, tapak tersebut terletak tidak jauh dari tapak kawasan perkuburan lama.

“Isu hakisan yang melibatkan kawasan tanah perkuburan sudah dibincangk­an sejak tahun 2000 lagi.

“Lebih-lebih lagi dengan tapak tanah perkuburan yang berada di tebing sungai.

“Ia sudah mula timbul malah sebelum operasi pengorekan pasir yang hanya bermula sekitar Ogos 2017,” kata kenyataan terbabit merujuk kepada hakisan di Tapak Perkuburan Islam Seruai, Spaoh seperti yang dilaporkan di beberapa akhbar tempatan sebelum ini.

Pihaknya turut menegaskan bahawa pemegang lesen yang diluluskan untuk aktiviti pengorekan pasir di kawasan ini telah memperoleh kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada NREB dan turut disyaratka­n menyediaka­n EMR (Environmen­tal Monitoring Report) bagi tujuan pemantauan dan penilaian semula.

Aktiviti tersebut dilakukan sejauh lebih satu kilometer dari kawasan tapak perkuburan.

Bagaimanap­un, sebagai langkah kawalan dan siasatan terperinci ke atas isu ini, JTS telah mengeluark­an arahan pemberhent­ian kerja sertamerta kepada pemegang lesen yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia