Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Jazz Tebingan Kuching 2018 kembali lagi

Penganjura­n pertama pada tahun lalu mendapat sambutan hebat daripada penggemar muzik jazz

-

KUCHING: Festival Jazz Tebingan Kuching 2018 (KWJF 2018) kembali lagi selepas penganjura­n pertamanya tahun lalu mendapat sambutan hebat daripada penggemar muzik jazz.

Kali ini KWJF akan diadakan di Hotel Grand Margherita pada 28 dan 29 September tahun ini, sarat dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi memeriahka­n lagi penganjura­nnya.

Menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, festival itu dijangka menarik lebih 4,000 peminat muzik jazz selepas penganjura­n sebelum ini lebih ramai daripada dijangkaka­n.

“Antara kemuncak KWJF 2018 ialah persembaha­n daripada Dayang Nurfaizah, Blues Gang (Malaysia), Tompi (Indonesia), Carmen Souza (UK/Portugal).

“Kita juga bakal menyaksika­n persembaha­n artis-artis dan kumpulan dari Malaysia, Indoensia, Singapura, United Kingdom (UK), Australia, Amerika Syarikat serta pemain piano antarabang­sa kelahiran Sarawak Jolynn Chin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai KWJF 2018 di sini semalam.

Tambahnya progr am tambahan KWJF 2018 ialah ‘Jazz Band Search’ pada 28 Julai di Panggung Udara, Tebingan Kuching.

“Pemenang pertanding­an itu merupakan acara pembukaan kepada KWJF 2018 dan permohonan menyertai pertanding­an boleh diperoleh dari Facebook dan Instagram KWJF 2018,” katanya.

Beliau menambah, banyak pembanguna­n mena r i k di adakan di Tebinga n Kuching seperti Jambatan Darul Hana dan air pancutan muzikal menyeberan­gi Sungai Sarawak, tidak lama lagi, menambah keseronoka­n di Tebingan Kuching.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Datuk Husain, Pengurus Besar SEDC Soedirman Aini dan Penasihat KWJF 2018 Gracie Geikie.

Antara kemuncak KWJF 2018 ialah persembaha­n daripada Dayang Nurfaizah, Blues Gang (Malaysia), Tompi (Indonesia), Carmen Souza (UK/ Portugal). Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? SERTAI KAMI: Karim (tengah) bersama Soedirman (dua kanan), Aziz (empat kiri) serta yang lain menunjukka­n poster artis yang akan membuat pesembahan semasa KWJF 2018 pada sidang media semalam.
SERTAI KAMI: Karim (tengah) bersama Soedirman (dua kanan), Aziz (empat kiri) serta yang lain menunjukka­n poster artis yang akan membuat pesembahan semasa KWJF 2018 pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia