Utusan Borneo (Sarawak)

Lepasan sekolah menengah dipelawa ikuti kursus kemahiran di PPKS

-

KUCHING: Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak( P P K S) m e n m pelawa golongan lepasan sekolah menengah mengikuti pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan pihaknya.

Menurut Pengarah Kampus PPKS Kuching John Rizal Biki, kursus dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK).

“Ia sejajar dengan usaha kerajaan menghasilk­an sumber tenaga kerja yang berkelayak­an, berkemahir­an dan cekap menerusi pembelajar­an dan pembanguna­n yang berterusan.

“Keutamaan diberikan kepada pelajar tingkatan tiga dan lima dari isi rumah berpendapa­tan rendah dengan kelayakan sehingga tahap PT3,” katanya menerusi kenyataan akhbarnya semalam.

Tambah beliau ia akan menjadi satu peluang yang baik untuk golongan muda mengubah kehidupan mereka dengan meneruskan kursus berkaitan industri di PPKS.

Antara kursus yang ditawarkan pihaknya termasuk Pendingin Udara dan Penyejukbe­kuan, Reka Bentuk Grafik, Elektronik Industri dan kursus teknikal lain.

John juga menekankan bahawa komponen latihan praktikal bagi setiap kursus akan membolehka­n para pelajar mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai kursus yang diambil bagi persediaan dalam persekitar­an kerja kelak.

Bagi pelajar luar, kemudahan asrama di kampus disediakan pada kadar yang sangat berpatutan.

Pendaftara­n untuk pengambila­n bulan Ogos tahun ini sedang berjalan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan, sila hubungi talian 082-362086 atau 362129.

Pertanyaan juga boleh dihantar melalui WhatsApp (012-8789382) atau emel( i n f o@ p p k s. e d u. my). Maklumat juga boleh diperolehi dari laman web PPKS: www.ppks.edu.my.

 ??  ?? JOHN
JOHN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia