Utusan Borneo (Sarawak)

Intervensi Awal penting untuk kanakkanak keperluan khas: Fatimah

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menyokong hasrat Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-Kanak Keperluan Istimewa Sarawak ( PIBAKAT) menjalanka­n semula Program Intervensi Awal (EIP) bagi kanak-kanak keperluan khas.

Katanya, usaha tersebut amat penting untuk memberi intervensi awal kepada kanakkanak kurang upaya sama ada dari segi fizikal atau intelektua­l.

“Intervensi sememangny­a harus diberikan kepada kanakkanak kurang upaya supaya dari seawal usia mereka dapat membangun dengan lebih baik,” katanya pada sidang media ketika menerima kunjungan hormat daripada PIBAKAT di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Fatimah, PIBAKAT telah mengasaska­n EIP sejak 25 tahun lalu namun program tersebut kini dikendalik­an oleh salah sebuah pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Justeru, beliau yakin PIBAKAT akan dapat menjalanka­n program tersebut dengan lebih baik kerana mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran menjalanka­n EIP.

“Sehingga hari ini, EIP yang dijalankan oleh PIBAKAT telah memberi manfaat kepada ramai kanak-kanak kurang upaya dan saya berharap mereka dapat menjalanka­n semula program ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden PIBAKAT Zaidi Ahmad berkata PIBAKAT akan mengadakan Pesta Makanan Amal pada 22 Julai ini di Pusat Ekumenikal Kristian di Jalan Stampin bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya program tersebut adalah untuk mengutip dana bagi pembinaan bangunan dan membiayai kos operasi PIBAKAT yang kini mengendali­kan lebih 100 kanak-kanak berkeperlu­an khas.

“Kami menyasarka­n mengutip sebanyak RM100,000 di mana 50 peratus adalah untuk dana pembinaan bangunan dan 50 peratus untuk membiayai kos PIBAKAT,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Kehormat PIBAKAT Ng Kui Choo, bekas pengasas PIBAKAT Margaret Tang serta ahli-ahli jawatankua­sa PIBAKAT yang lain.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Fatimah (tengah) semasa menerima kunjungan hormat daripada rombongan PIBAKAT yang diketuai Zaidi (dua kanan). Turut kelihatan Ng (tiga kiri), Margaret (kiri) dan yang lain.
KUNJUNGAN: Fatimah (tengah) semasa menerima kunjungan hormat daripada rombongan PIBAKAT yang diketuai Zaidi (dua kanan). Turut kelihatan Ng (tiga kiri), Margaret (kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia