Utusan Borneo (Sarawak)

Politeknik Mukah terima 705 pelajar baharu bagi sesi Jun

-

KUCHING: Politeknik Mukah telah menerima seramai 705 pelajar baharu untuk pelbagai program diploma bagi sesi Jun tahun ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, jumlah itu merupakan peningkata­n sebanyak 110 peratus daripada biasa bagi setiap ambilan iaitu sebanyak 640 orang.

Program-program diploma yang ditawarkan pihaknya adalah Kejurutera­an Awam (139 pelajar), Kejurutera­an Elektronik Komunikasi ( 48 pelajar), Kejurutera­an Elektrik & Elektronik (76 pelajar).

Juga Teknologi Maklumat Digital (134 pelajar ), Kejurutera­an Mekanikal ( 105 pelajar), Perakaunan ( 95 pelajar), Pengajian Perniagaan (72 pelajar) dan Sains Kesetiausa­haan ( 37 pelajar).

Pengarah Politeknik Mukah Abdurani Yunus dalam ucapannya semalam, mengalukan kedatangan pelajar baharu berkenaan.

Tambahnya, ia kerana Politeknik Mukah mempunyai kekosongan yang amat terhad sedangkan permohonan masuk berjumlah 2,400 orang.

Beliau menasihati caloncalon yang gagal masuk bagi sesi berkenaan agar cuba memohon bagi sesi November tahun ini.

Sesi Jun terdapat ramai pelajar baharu dari negerinege­ri di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah.

Politeknik Mukah turut menerima kemasukan seorang pelajar OKU (cacat anggota kaki) Mohd Azikin Basri berusia 21 tahun dari Tawau, Sabah.

Beliau bercita-cita menceburi bidang teknologi maklumat serta ditawarkan program Diploma Teknologi Maklumat( Teknologi Digital), juga merupakan bekas pelajar Kolej Komuniti Tawau.

Ketika ditemui, beliau turut meluahkan rasa bangga kerana terpilih memasuki Politeknik Mukah.

Minggu Inspirasi Siswa (suai kenal) dijalankan sehingga 29 Jun ini.

Pelbagai aktiviti disediakan bertujuan menyesuaik­an para pelajar selain mendisipli­nkan mereka agar terus cemerlang, berdikari, bersahsiah tinggi serta berakhlak mulia.

Sesi kuliah akan dimulakan pada 1 Julai depan.

Majlis Perasmian Minggu Inspirasi Siswa telah disempurna­kan Abdubrani dan dihadiri Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Iskandar Reduan, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan Politeknik Mukah.

 ??  ?? RASMI:Abdurani memukul gong permulaan sesi Jun 2018 sambil diperhatik­an Iskandar (dua kiri) dan ketua-ketua jabatan Politeknik Mukah.
RASMI:Abdurani memukul gong permulaan sesi Jun 2018 sambil diperhatik­an Iskandar (dua kiri) dan ketua-ketua jabatan Politeknik Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia