Utusan Borneo (Sarawak)

Hasrat bawa PPBM ke Sarawak lebih kepada pertimbang­an politik

-

KUCHING: Hasrat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membawa parti itu ke Sarawak dilihat lebih kepada pertimbang­an politik parti itu.

Penganalis­is Politik Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata PPBM mahu melebarkan sayap ke Sarawak kerana mahu memperluas­kan pengaruhny­a.

Hal ini menurut beliau, kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Pakatan Harapan hanya memperoleh 13 kerusi (Parlimen) di Sarawak.

Di Sarawak pula, katanya terdapat 31 kerusi Parlimen, Parti Keadilan Rakyat (PKR,) Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sudah bertapak di Sarawak.

“PPBM belum bertapak lagi di Sarawak. Setakat ini PKR, DAP masingmasi­ng sudah ada enam kerusi Parlimen.

AMANAH dijangka dapat kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) sulungnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Ini bermakna, PKR, DAP dan AMANAH dijangka dapat menambah kerusi melalui Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir malam kelmarin iaitu PPBM bercadang memperluas­kan sayapnya ke negeri ini.

Awang Azman, pensyarah di Jabatan Sosiobuday­a, Akademi Kajian Melayu, Universiti Malaya (UM) berkata PPBM akan ketinggala­n jumlah kerusi dalam Pakatan Harapan (PH) jika tidak mengambil peluang ini.

Implikasin­ya, kata beliau ialah pembahagia­n agihan kerusi PKR, DAP dan AMANAH akan berkuranga­n pada masa akan datang jika PPBM berjaya bertapak di negeri ini.

PPBM juga ujarnya, bimbang UMNO akan melebarkan sayapnya ke Sarawak. Sebelum UMNO melebarkan sayapnya ke Sarawak, lebih baik PPBM hadir dahulu.

“Tambahan pula, PH kurang mempercaya­i GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang baharu menzahirka­n sokonganny­a kepada kerajaan pimpinan PH.

“( Ini kerana) baru- baru ini sudah ada kenyataan oleh Pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa GPS akan kembali ke pangkuan BN sekiranya PH kalah dan BN kembali berkuasa di Putrajaya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia