Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar Cukai Pelanconga­n perlu dikaji semula

RM10 kepada pelancong asing menginap di hotel bajet, rumah tumpangan tidak sesuai

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Cukai Pelanconga­n yang dikenakan ke atas pelancong asing pada kadar RM10 semalam bagi setiap bilik hotel, perlu dikaji semula.

Pengerusi Persatuan Hotel Wilayah Tengah Sarawak ( SCRHA) Johnny Wong berkata, kadar RM10 yang dikenakan kepada pelancong asing bagi penginapan di hotel bajet dan rumah tumpangan adalah tidak sesuai.

Beliau mencadangk­an agar cukai itu dikaji semula Kementeria­n Pelanconga­n selepas menerima banyak aduan daripada pelancong dari luar yang memilih untuk menginap di hotel bajet.

Menurut Wong, kadar itu perlu dikaji semula dan dikurangka­n kepada RM2.50 semalam bagi setiap bilik hotel, kadar yang dilihat lebih sesuai kepada pelancong asing yang memilih hotel bajet.

“Bagi hotel dengan dua, tiga atau empat bintang mungkin tidak ada masalah mengenakan caj RM10, namun bagi hotel bajet ia agak terlalu tinggi.

“Ini kerana sesetengah hotel bajet ini hanya mengenakan sewa penginapan RM40 hingga RM50 semalam dan pelancong terpaksa membayar tambahan RM10 untuk cukai ini,” jelasnya.

Sebelum ini, terdapat cadangan agar cukai pelanconga­n untuk hotel bajet ditetapkan pada kadar RM2.50. Kadar itu amat berpatutan.

“Jika kadar RM2.50 atau lebih tinggi sedikit, ia mungkin boleh diterima,” katanya sambil menambah perubahan itu sedikit sebanyak akan membantu industri perhotelan di Sibu.

Berbanding dengan Semenanjun­g Malaysia Wong berkata, kebanyakan hotel di sana bertaraf bintang dan mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding hotel di Sibu atau Sarawak.

“Sekiranya kita mengenakan caj RM10 semalam, ini mungkin tidak adil bagi mereka (pelancong).

“Tidak dinafikan jumlah pelancong asing yang datang berkunjung ke Sibu tidak ramai, namun kementeria­n harus melihat semula perkara ini.

“Kita tidak membantah kerajaan melaksanak­an Cukai Pelanconga­n tetapi kadar yang dikenakan terutama untuk hotel bajet adalah terlalu tinggi,” ujar Wong.

Bagi hotel dengan dua, tiga atau empat bintang mungkin tidak ada masalah mengenakan caj RM10, namun bagi hotel bajet ia agak terlalu tinggi. Johnny Wong Pengerusi SCRHA

 ??  ?? JOHNNY WONG
JOHNNY WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia