Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Kutipan Amal Gereja St Matthew anjur ‘Jog-Walk-a-thon’

-

KUCHING: Jawatankua­sa Kutipan Amal Gereja St Matthew akan mengadakan ‘Jog-Walk-a-thon’ pada 7 Julai depan.

Kutipan dana dengan bertemakan ‘ Small Steps, Big Future’ akan digunakan untuk membina sebuah bangunan baharu Gereja St Matthew’s Sungai Maong.

Ia merupakan sebahagian daripada gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei yang turut bernaung di bawah Diocese of Kuching.

“Ia bagi jemaah misa untuk bahasa Cina di Sungai Maong Baru/Batu Kawah dan kawasan sekitar Kuching.

“Kami berharap dapat mengutip kira-kira RM30,000 daripada acara tersebut untuk bangunan baharu ini,” kata Paderi Parish St Matthew Rev Then Jit Seng dalam siaran akhbarnya semalam.

Acara yang dianjurkan termasuk perjalanan sejauh 3.3km dan 2.5km untuk para peserta yang ingin mengambil bahagian.

Ia akan dimulakan sekitar jam 7.30 pagi dengan latihan pemanasan badan di halaman Katedral St Thomas terlebih dahulu di Jalan McDougall dan pelepasan peserta akan bermula jam 8 pagi.

Laluan berjalan kaki itu meliputi Jalan McDougall, Jalan Reservoir, Jalan Tun Abang Haji Openg dan kembali ke Katedral.

Juga laluan berbukit di sepanjang Jalan Tabuan, kemudian ke Jalan Tan Sri Ong Kee Hui sebelum kembali ke persimpang­an Park- Reservoir Park dan menuju ke Katedral.

Penganjur menganggar­kan aktiviti berjalan kaki tersebut akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Julai.

Untuk butiran lanjut, sila hubungi talian 019-8884646 atau 012-8873200 atau e-mel st.matthewchu­rch.maong@ gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia