Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 400,000 peminjam PTPTN dikeluarka­n daripada senarai hitam

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 429,945 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (P T P T N) dikeluarka­n daripada senarai hitam sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sejak 24 Mei lepas.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata proses ‘pemutihan’ nama peminjam itu diselesaik­an sepenuhnya pada 8 Jun lepas, seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijangka iaitu pada 15 Jun.

Bagaimanap­un, beliau meminta mereka yang dikeluarka­n daripada senarai hitam berkenaan supaya terus membayar hutang pinjaman pendidikan masing-masing.

“Tindakan ini adalah bagi memenuhi manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan ( PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu memansuhka­n dasar (sekatan perjalanan itu),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Susulan langkah itu, katanya, kaunter PTPTN di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ditutup sepenuhnya berkuat kuasa 1 Julai ini.

Wan Saiful, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi ( Ideas), menggantik­an Anggota Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebagai pengerusi PTPTN berkuat kuasa pada 18 Jun lepas.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata pembayaran balik pinjaman pendidikan secara konsisten akan memastikan peminjam tidak mempunyai hutang tertunggak selain rekod mereka bersih dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Selain rekod CCRIS yang bersih, katanya, peminjam PTPTN yang membuat pembayaran lebih awal akan mendapat penjimatan pinjaman ujrah sebanyak 1 peratus selain diskaun 20 peratus untuk bayaran penuh atau 10 peratus untuk bayaran 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

CCRIS adalah sistem berpusat yang dibangunka­n Bank Negara Malaysia bagi mengumpul dan menyimpan semua data berkaitan kredit atau hutang milik individu atau syarikat dengan bank serta institusi lain dan menjadi rujukan semua institusi kewangan atau penyedia kredit di Malaysia.

Ditanya mengenai manifesto PH untuk menangguhk­an pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan, beliau berkata para peminjam terbabit perlu meneruskan pembayaran balik sehingga satu pengumuman rasmi dibuat PTPTN pada Ogos nanti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Wan Saiful ketika sidang media berkaitan isu senarai hitam Jabatan Imigresen dan penanguhan bayaran balik pinjaman PTPTN di Menara PTPTN semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Wan Saiful ketika sidang media berkaitan isu senarai hitam Jabatan Imigresen dan penanguhan bayaran balik pinjaman PTPTN di Menara PTPTN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia