Utusan Borneo (Sarawak)

Tahap kesedaran penyakit dan keracunan pekerjaan masih rendah

-

KUANTAN: Tahap kesedaran majikan dan pemain industri mengenai keselamata­n dan kesihatan pekerja khususnya dalam aspek pendedahan penyakit dan keracunan dalam pekerjaan masih berada di tahap rendah.

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan dan Keselamata­n) Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP) Zai lee Dol lah berkata kajian Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) mendapati kes penyakit dan keracunan pekerjaan lebih kerap berlaku berbanding kemalangan di tempat kerja dengan nisbah 1:6.

“Laporan penyakit pekerjaan yang diterima pada tahun lepas adalah sebanyak 6,020 kes manakala untuk tahun ini, setakat Jun sebanyak 3,890 kes disahkan dengan 258 kes adalah dari Pahang,” katanya.

Zailee berkata demikian semasa merasmikan Seminar Kesihatan Pekerjaan 2018 di Hospital Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) di sini semalam.

Turut hadir Pengarah JKKP Pahang Mohamad Jais Suratman.

Seminar anjuran bersama JKP P d a n Ho s p i t a l UIAM i tu be r tujua n memberi penerangan dan meningkatk­an pengetahua­n p e n g ama l p e r u b a t a n me n g e n a i p e n y a k i t pekerjaan.

Zailee memaklumka­n sebanyak 3,635 kes kehilangan pendenga r an, ma s a l a h tulang-otot (127 kes) dan penyakit kulit (73 kes) akibat persekitar­an pekerjaan telah dikesan setakat ini.

“JKPP telah membuat klasifikas­i mengikut jenis penyakit berkaitan pekerjaan bagi menentukan punca berlakunya penyakit dan tindakan pencegahan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Pihak majikan dan pegawai perubatan perlu memandang serius mengenai penyakit dan keracunan pekerjaan bagi memastikan pencegahan awal dapat dilakukan untuk menjaga kebajikan pekerja,” katanya.

Zailee berkata amalan budaya kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja juga penting untuk dipraktikk­an bagi mencegah kemalangan dan penyakit akibat pekerjaan terus berlaku. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia