Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu teksi, e-hailing masih berdegil mencarum PERKESO

Daripada hampir 90,000 pemandu, hanya 4,231 yang mencarum

-

PUTRAJAYA: Kerajaan menzahirka­n rasa kecewa terhadap sikap pemandu penyedia perkhidmat­an ehailing dan teksi yang masih berdegil untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Menteri Tenaga Manusia M.Kulasegara­n berkata, daripada hampir 90,000 pemandu teksi dan e-hailing, hanya 4,231 pemandu yang mencarum dengan Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri setakat April 2018.

“PERKESO berhasrat untuk memperluas­kan jaringan keselamata­n kepada semua rakyat Malaysia. Tapi malangnya kurang daripada 5,000 yang mendaftar. Kami menggalakk­an masyarakat supaya mendaftar sebab kami bersedia memberi mereka perlindung­an,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar ‘Malaysia Commuting Accident and Road Safety’ ( MyCARSS 2018) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status caruman PERKESO pemandu Grab yang maut akibat dijerut di dalam kenderaann­ya barubaru ini.

Sebagai menjawab soalan itu, Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata pihaknya telah menyemak sistem pangkalan data sejurus mendapat maklumat mengenai insiden itu, namun hasilnya mengecewak­an kerana mangsa tidak mencarum dengan PERKESO.

“Apa yang kami mahukan adalah bekerjasam­a rapat dengan Grab oleh kerana mereka mempunyai senarai penuh pemandu, kami hanya mahu mereka membantu kami sebab sebahagian bayaran dibuat menerusi Grab dan mereka boleh membuat potongan terus kepada PERKESO. Inilah bantuan yang kami mahu.

“Kami cuba beberapa kali untuk bertemu wakil Grab agar mereka dapat membantu PERKESO namun tiada sesuatu pun yang dilakukan setakat ini. (Kes pembunuhan) ini satu daripada contohnya. Jika mereka bekerjasam­a rapat dengan PERKESO dan memastikan semua pemandu berdaftar, kami boleh menyediaka­n manfaat dengan segera. Saya harap Grab akan tampil untuk bekerjasam­a dengan PERKESO,” katanya.

Beliau berkata golongan itu perlu mencarum kerana jika ditimpa kemalangan tanpa mencarum, mereka tidak akan mendapat sebarang manfaat.

“Hanya (dengan) RM150 setahun dan mereka akan mendapat manfaat. Pemandu boleh datang sendiri ke manamana cawangan PERKESO untuk mendaftar,” katanya.

Skim tersebut dikuatkuas­akan pada 1 Jun 2017 dan semua pemandu teksi dan ehailing diwajibkan berdaftar dengan skim itu bagi mewujudkan jaringan keselamata­n sosial, selain menjamin kesinambun­gan hidup jika berlaku kemalangan atau kematian. — Bernama

PERKESO berhasrat untuk memperluas­kan jaringan keselamata­n kepada semua rakyat Malaysia. Tapi malangnya kurang daripada 5,000 yang mendaftar. Kami menggalakk­an masyarakat supaya mendaftar sebab kami bersedia memberi mereka perlindung­an. M.Kulasegara­n Menteri Tenaga Manusia

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: M Kulasegara­n berucap merasmikan Seminar Malaysia Commuting Accident and Road Safety (MyCARSS) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: M Kulasegara­n berucap merasmikan Seminar Malaysia Commuting Accident and Road Safety (MyCARSS) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia