Utusan Borneo (Sarawak)

Perkasa 3E dalam usaha kurangkan kemalangan jiwa

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan terus fokus dalam memperkasa­kan pendekatan 3E (Engineerin­g, Enforcemen­t dan Education) dalam usaha mengurangk­an kemalangan jiwa atas jalan raya.

Menteri Sumber Manusia M.Kulasegara­n berkata pendekatan tersebut mesti dilaksanak­an secara berintegra­si dan memerlukan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dalam merealisas­ikannya.

“Faktor kejurutera­an merupakan elemen penting, contohnya pembinaan laluan motosikal atau pembuatan kenderaan dengan ciri-ciri keselamata­n tinggi dapat mengurangk­an risiko kemalangan.

“Penguatkua­saan pula adalah melalui pihak polis atau Jabatan Pengangkut­an Jalan untuk memupuk sikap mematuhi peraturan jalan raya manakala pendekatan pendidikan berperanan dalam pembudayaa­n amalan keselamata­n jalan raya,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian ‘Seminar Malaysia Commuting Accident and Road Safety 2018’ (MyCARSS 2018) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), semalam.

MyCARSS 2018 anjuran Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bertujuan memberi mesej jelas untuk mengukuhka­n kerjasama antara rakan strategik dan pihak berkepenti­ngan terhadap keselamata­n jalan raya yang lebih baik.

Bertemakan ‘Membina Budaya Keselamata­n Perjalanan Ke Arah Vision Zero’ seminar dua hari bermula semalam turut memperliha­tkan keseriusan PERKESO dalam soal pencegahan kemalangan dan menggalakk­an kesihatan dalam kalangan pekerja Malaysia.

Kula Segaran berkata bilangan keseluruha­n kemalangan yang dilaporkan kepada PERKESO pada 2017 adalah 69,980 kes dan 47 peratus atau 33,319 kes daripada angka tersebut merupakan kemalangan perjalanan semasa berulang-alik ke tempat kerja.

“Daripada jumlah ini, terdapat 667 pekerja maut akibat kemalangan pekerjaan berbanding 257 kematian akibat kemalangan di tempat kerja.

“Angka ini amat membimbang­kan kerana secara purata, tiga kematian pekerja dilaporkan kepada Perkeso dalam sehari, iaitu dua kematian disebabkan kemalangan perjalanan dan satu kematian akibat kemalangan di tempat kerja,” katanya.

Kula Segaran berkata usaha bagi memastikan keselamata­n kaum pekerja sewaktu perjalanan mesti dijalankan oleh semua pihak dan memerlukan gerak kerja sistematik.

“Sudah tiba masanya usaha ini dikembangk­an lagi melalui fungsi khusus pegawai Perkeso dalam bidang pencegahan dan promosi kesihatan ke seluruh negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia