Utusan Borneo (Sarawak)

Ahad minggu pertama Julai sambutan Hari Ibu dan Bapa

-

KANGAR: Ahad minggu pertama pada Julai setiap tahun diisytihar­kan sebagai sambutan Hari Ibu dan Bapa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa yang sebelum ini diasingkan kini digabungka­n bermula tahun ini.

“Sambutan Hari Ibu dan Bapa adalah bagi menghargai komitmen mereka dalam mendidik dan membesarka­n anak.

“Kesungguha­n dan komitmen ibu bapalah yang membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera,” ucap beliau pada sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘ Ibu dan Bapa Anugerah Terindah’ di Dewan 2020, di sini semalam.

Dalam pada itu, menyedari hakikat jumlah wanita bekerjaya kini semakin meningkat dan memberi impak kepada institusi kekeluarga­an, pihaknya akan menubuhkan Majlis Penasihat dan Perundinga­n Kesejahter­aan Keluarga Negara (MPPKKN) pada Ogos ini.

“Satu daripada lima wanita bekerja alami masalah untuk mengimbang­i peranan di antara kerjaya dan keluarga.

“Masalah utama dihadapi wanita bekerja ialah meluangkan masa bersama keluarga, penjagaan anak dan kurang masa untuk diri sendiri,” kata Wan Azizah.

Beliau berkata Kajian Indeks Kesejahter­aan Keluarga 2016 juga mendapati tahap hubungan kekeluarga­an di Malaysia masih pada tahap sederhana.

Wan Azizah berkata be- liau sendiri akan mempengeru­sikan MPPKKN, yang akan bertindak sebagai badan penasihat dan perunding utama kepada kerajaan mengenai isu- isu kekeluarga­an.

“Majlis itu juga akan meningkatk­an komitmen dan penglibata­n pelbagai pihak untuk mengutamak­an perspektif keluarga dalam segala usaha pembanguna­n sosio- ekonomi termasuk penguatkua­saan undangunda­ng, dasar dan perkhidmat­an serta kemudahan mesra keluarga,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia