Utusan Borneo (Sarawak)

Senarai Kabinet bocor, beberapa MP membisu

Tidak mengesah atau menafikan kesahihan, tetapi mengesahka­n terima panggilan peribadi daripada PM

-

KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen (MP) yang nama mereka dikatakan tersenarai dalam barisan menteri dan timbalan menteri yang didakwa telah bocor sejak malam kelmarin, kelihatan termangu apabila berterusan ditanya mengenainy­a.

Mereka yang ditanya tidak pula mengesah atau menafikan kesahihan senarai berkenaan tetapi mengesahka­n telah menerima panggilan peribadi daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak minggu lepas.

“Senarai apa? Saya baharu tiba (dengan pesawat) lewat malam tadi (kelmarin) dan saya belum melihat sebarang senarai. Kita tunggulah pengumuman rasmi. Saya tak tahu apa,” kata MP Penampang Darell Leiking ketika ditemui semasa sesi taklimat untuk para MP di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Timbalan presiden Warisan itu yang dikata dinamakan sebagai menteri perdaganga­n antarabang­sa dan industri, bagaimanap­un menyatakan beliau sedia untuk berkhidmat jika diberikan peluang.

“Biar perdana menteri buat pengumuman. Ini Kabinet beliau,” katanya.

S e t i a u s a h a A g u n g AMANAH Mohd Annuar Tahir juga enggan mem- beri komen apabila diminta mengesahka­n senarai itu, yang dikatakan mengandung­i nama beliau sebagai timbalan menteri kerja raya.

“Sebelum ini nama saya pun pernah disebut di empat kementeria­n. Jadi biar kita tunggu.

“Rakyat begitu mengharapk­an kerajaan baharu ini dan ingin melihat Kabinet baharu. Saya percaya harapan dan jangkaan mereka tinggi, jadi siapa saja yang dilantik akan memikul tanggungja­wab berat,” kata MP Temerloh itu.

Pemimpin PKR A. Xavier Jayakumar juga membisu bila ditanya tentang senarai berkenaan yang dilaporkan turut mengandung­i nama beliau sebagai menteri air, tanah dan sumber asli.

“Biar ada pengesahan dulu. Apa juga portfolio, bagi kita itu satu penghormat­an berkhidmat untuk negara selepas berjuang selama 20 tahun,” kata beliau.

Sementara itu, MP Kuantan Fuziah Salleh mengesahka­n beliau ada menerima panggilan daripada perdana menteri yang menawar melantik beliau sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama).

“Mulanya, saya rasa macam berada di tempat salah (dilantik untuk jawatan itu), bagaimanap­un Dr Mahathir berharap reformasi dapat dilaksanak­an dan selepas berunding dengan presiden PKR, beliau cadangkan saya terima tawaran itu.

“Ini dunia dominasi kaum lelaki dan mungkin di sana terdapat ruang untuk pemerkasaa­n wanita daripada perspektif Islam dan mungkin juga saya boleh fokus kepada pemerkasaa­n mahkamah Syariah,” kata Fuziah kepada pemberita.

Pengerusi PKR Sarawak yang juga MP Selangau Baru Bian yang namanya dipilih untuk mengisi portfolio menteri kerja raya juga enggan mengesahka­n berita itu.

Namun beliau berharap portfolio itu diberikan kepada seorang MP dari Sarawak atau Sabah memandangk­an pentingnya menggemble­ng pembanguna­n prasarana di kedua-dua negeri itu. Sejum- lah 13 menteri baharu bagi 12 kementeria­n dan 24 timbalan menteri disenaraik­an dalam senarai tersebut.

Mereka termasuk Ketua Sekretaria­t Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah (menteri luar), MP Seputeh Teresa Kok (menteri industri utama), MP Shah Alam Khalid Samad (menteri wilayah persekutua­n), MP Muar Syed Saddiq Abdul Rahman (menteri sukan dan belia) dan MP Pokok Sena Mahfuz Omar ( timbalan menteri sumber manusia).

Bulan lepas, Dr Mahathir mengumumka­n pelantikan 13 menteri.

Istana Negara dalam satu kenyataan kelmarin berkata Yang di-Pertuan Agong telah memperkena­nkan senarai berkenaan yang dikemukaka­n oleh kerajaan dan majlis angkat sumpah diadakan Isnin depan. — Bernama

Senarai apa? Saya baharu tiba (dengan pesawat) lewat malam tadi (kelmarin) dan saya belum melihat sebarang senarai. Kita tunggulah pengumuman rasmi. Saya tak tahu apa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia