Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Speaker: UMNO Kedah sedia berunding

-

ALOR SETAR: UMNO Kedah bersedia untuk berunding dengan semua yang berkenaan berhubung pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas- tugas presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dimaklumka­n kepada beliau oleh pucuk pimpinan UMNO Kedah.

“Saya telah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kita akan buat keputusan terbaik dan tepat demi kepentinga­n bersama,” katanya selepas Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubunga­n UMNO Kedah di sini, semalam.

Beliau berkata dari segi UMNO pusat pula, mereka akan menerima keputusan yang dibuat oleh UMNO Kedah.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, UMNO tidak menolak kemungkina­n berlakunya pilihan raya negeri sekiranya tiada jalan penyelesai­an berhubung isu itu namun seboleh- bolehnya mencari penyelesai­an lain yang terbaik.

Isu speaker DUN timbul apabila Pakatan Harapan menguasai 18 kerusi DUN selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu manakala PAS menguasai 15 kerusi dan BN sebanyak tiga kerusi.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebelum ini dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan PAS dan UMNO untuk menyelesai­kan isu berkenaan sebelum berlangsun­gnya persidanga­n DUN yang dijadualka­n pada awal bulan depan.

Bagaimanap­un, Mukhriz semalam menyatakan kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh menerima cadangan calon speaker DUN yang dikemukaka­n PAS kerana bukan dalam kalangan ADUN.

Mukhriz dilaporkan berkata, perkara itu adalah mustahil kerana sekiranya calon tersebut diterima maka bilangan pembangkan­g di dalam Dewan akan menjadi 19 berbanding 18 di pihak kerajaan.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga calon presiden UMNO menghadiri sesi memperkena­lkan caloncalon yang bertanding pada peringkat tertinggi pemilihan UMNO yang dijadualka­n 30 Jun ini.

Turut hadir pada sesi berkenaan ialah calon timbalan presiden Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Mohamad Hassan, caloncalon naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia