Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Speaker DUN Selangor dibuat secara konsensus: Amirudin

-

SHAH ALAM: Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Selangor yang baharu dibuat atas dasar konsensus semua ADUN tanpa pertelingk­ahan, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Justeru itu, beliau menolak dakwaan tentang perebutan jawatan itu antara PKR dan DAP kerana perbincang­an mengenainy­a dijalankan secara harmoni sebelum ini.

“Dalam perbincang­an (pemilihan calon speaker DUN), kita timbang kemungkina­n dan akhirnya satu konsensus dicapai dengan seorang calon mendapat sokongan sebulat suara ADUN,” katanya kepada pemberita selepas majlis Mengangkat Sumpah Jawatan ADUN pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-14 di sini, semalam.

Pada majlis itu, Ng, 47, daripada DAP mengangkat sumpah sebagai speaker manakala ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, 47, daripada PKR sebagai timbalan speaker disusuli 55 wakil rakyat lain termasuk Amirudin mengangkat sumpah sebagai ADAN.

Pelantikan Ng menyaksika­n wakil rakyat daripada DAP sekali lagi diberi kepercayaa­n untuk menjadi Speaker DUN selama tiga penggal berturut-turut sejak Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke12 (PRU12) pada 2008.

Pada 2008, jawatan Speaker DUN Selangor disandang ADUN Sungai Pinang (kini Bandar Baru Klang) Datuk Teng Chang Khim daripada DAP dan pada 2013, jawatan itu disandang ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh Tseow Suan susulan kejayaan Pakatan Rakyat mengekalka­n pemerintah­an di Selangor pada PRU13.

Semasa ditanya mengenai portfolio Exco kerajaan negeri yang baharu, Rodziah Ismail, yang masih belum ditentukan, Amirudin berkata secara asasnya ADUN Batu Tiga itu akan memikul tugas yang disandang beliau (Amirudin) sebelum dilantik sebagai menteri besar dengan sedikit perubahan berkaitan ‘belia dan sukan’.

Perkara itu akan diumumkan hari ini, katanya.

Amirudin berkata beliau mungkin memikul portfolio yang dipegang bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali iaitu Jawatankua­sa Tetap Kewangan, Pembanguna­n Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dan Komunikasi Strategik tetapi dengan sedikit perubahan tertentu.

Sebelum ini, Amirudin merupakan Exco Pemberdaya­an Generasi Muda dan Sukan, Pembanguna­n Usahawan, Pembanguna­n Desa dan Kampung Tradisi.

Sementara itu, Ng ketika ditemui pemberita memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan persidanga­n DUN Selangor berjalan lancar dan adil dengan semua ADUN kerajaan negeri dan pembangkan­g saling menghormat­i satu sama lain.

“Sebelum ini, saya sering menjadi pembahas utama dalam DUN kerana saya adalah ketua penyokong kerajaan tapi kali ini posisinya sudah berubah. Paling penting, kaedah ( perjalanan sidang DUN) akan saya ubah untuk pastikan persidanga­n berjalan lancar, bertenaga dan dihormati.

“Impian saya adalah untuk menjadikan DUN Selangor sebagai dewan peneraju di Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGGAL PERTAMA: Anggota Parlimen yang hadir pada Majlis Taklimat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PENGGAL PERTAMA: Anggota Parlimen yang hadir pada Majlis Taklimat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DILANTIK: Ng dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri pada Mesyuarat Pertama (angkat sumpah) Persidanga­n Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14 di Dewan Negeri Selangor, Bangunan SUK, dekat Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama DILANTIK: Ng dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri pada Mesyuarat Pertama (angkat sumpah) Persidanga­n Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14 di Dewan Negeri Selangor, Bangunan SUK, dekat Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia