Utusan Borneo (Sarawak)

90 MP baharu, terbanyak dalam sejarah Parlimen

-

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas yang bermula 16 Julai ini bakal menyaksika­n penampilan julung kali 90 Ahli Parlimen (MP) baharu.

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah berkata jumlah tersebut adalah yang terbanyak dalam sejarah Parlimen Malaysia.

“Ini merupakan ‘Hari Ini Dalam Sejarah’. Landskap Parlimen pada kali ini amat berbeza kerana kita dapat menyaksika­n ada (Ahli Parlimen) yang senior dan yang sangat- sangat muda seperti Yang Berhormat P.Prabakaran (Ahli Parlimen Batu) yang masih merupakan seorang pelajar,“katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Taklimat AhliAhli Dewan Rakyat Parlimen Ke- 14, di Dewan Rakyat semalam.

Justeru, katanya sesi taklimat semalam amat penting untuk anggota-anggota yang berhormat terutama yang baharu untuk memahami peraturan Dewan Rakyat khususnya seperti sesi pertanyaan jawab lisan dan bagaimana satu-satu rang undang-undang itu dikemukaka­n.

Dalam pada itu, katanya, sidang Parlimen ke-14 selama 20 hari itu juga akan menyaksika­n kemunculan semula 11 Ahli Parlimen yang dahulunya juga pernah berkhidmat sebagai MP manakala 121 lagi MP sidang Parlimen ke13 sebelum ini yang berjaya dipilih semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

Rosmee juga berkata pada taklimat semalam Ahli-ahli Parlimen turut diterangka­n tentang persiapan hari pertama persidanga­n pada 16 Julai ini yang akan menyaksika­n pemilihan dan pemahsyura­n Yang Dipertua Dewan Rakyat dan diikuti dengan upacara angkat sumpah 222 Ahli Parlimen.

Sementara itu ketika dit- anya berhubung calon Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau berkata setakat ini pihaknya belum menerima usul daripada pihak kerajaan dan usul pencalonan jawatan itu mesti dikemukaka­n dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang atau selewat-lewatnya Isnin depan.

Katanya susunan tempat duduk Ahli Parlimen di dalam Dewan juga hanya akan ditentukan selepas pelantikan kesemua menteri Kabinet dan timbalan menteri yang dijadualka­n berlangsun­g Isnin depan.

“Selepas itu kita boleh mengatur tempat duduk lain seperti susunan kekananan penyokong kerajaan dan juga susunan pihak pembangkan­g di sebelah kiri,” katanya.

Beliau turut menambah Ahli Parlimen perlu mengemukak­an soalan bagi sesi pertanyaan jawab lisan selewat-lewatnya 29 Jun ini. — Bernama SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka mempunyai Ketua Pembangkan­g pada penggal ini selepas Barisan Nasional (BN) negeri dipercayai akan melantik seorang wakil rakyatnya ke jawatan itu yang kosong sejak Disember 2014.

Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Tawar Rizam Ismail, beliau dimaklumka­n perkara tersebut oleh pucuk pimpinan BN Selangor yang menamakan beliau sebagai antara calon yang akan dilantik ke jawatan berkenaan.

“Setakat ini belum ada keputusan rasmi,” katanya kepada pemberita selepas majlis Mengangkat Sumpah Jawatan ADUN pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN ke-14 di sini, semalam.

BN Selangor yang menjadi pembangkan­g sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tidak mengisi kekosongan yang ditinggalk­an Datuk Mohd Shamsudin Lias selepas ADUN Sungai Burong itu meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan komposisi anggota Jawatankua­sa Kira-kira Wang Awam Selangor.

Mengulas lanjut, Rizam berkata sekiranya dilantik ke jawatan itu, beliau akan memastikan kesemua wakil rakyat BN menjadi pembangkan­g yang berwibawa dengan memainkan peranan semak dan imbang terhadap pentadbira­n kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.

Ditanya sama ada BN akan bekerjasam­a dengan satu-satunya ADUN PAS bagi kerusi Sijangkang iaitu Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, beliau berkata mereka akan menjalinka­n hubungan baik dan akan berjuang berdasarka­n kehendak rakyat Selangor.

BN Selangor yang mengalami kekalahan paling buruk dalam sejarah PRU pada 9 Mei lalu kini hanya mempunyai empat ADUN berbanding 12 pada PRU13 dan 18 kerusi pada PRU12.

PAS pula yang bertindak keluar daripada pakatan pada PRU bulan lepas kini hanya mempunyai satu kerusi berbanding 12 pada PRU13 dan lapan pada PRU12. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia