Utusan Borneo (Sarawak)

Najib tarik balik saman terhadap Rafizi dan pemilik portal berita

Ini kali kelima Najib bertindak untuk tidak meneruskan samannya

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor semalam menarik balik saman fitnah mereka terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik sebuah portal berita berhubung subsidi minyak.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili Mohd Rafizi memaklumka­n perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Rohani Ismail.

Ranjit berkata mahkamah memerintah­kan pasangan suami isteri itu membayar kos berjumlah RM20,000 kepada Mohd Rafizi dan pemilik portal ‘Media Rakyat’ Chan Chee Kong selaku defendan dalam kes saman berkenaan.

Peguam itu berkata sepatutnya kes itu ditetapkan untuk perbicaraa­n minggu hadapan tetapi peguam yang mewakili Najib dan Rosmah memaklumka­n kepada mahkamah semalam bahawa kedua-dua plaintif ingin menarik balik saman berkenaan.

Ranjit berkata kedua-dua defendan juga telah menarik balik tuntutan balas terhadap kedua- dua plaintif tanpa sebarang kos dikenakan oleh mahkamah.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Rosmah turut mengesahka­n kedua- dua anak guamnya telah menarik balik saman terhadap keduadua defendan. Prosiding itu turut dihadiri peguam Joanne Leong mewakili Chan.

Najib dan Rosmah memfailkan saman itu pada 16 April 2015, mendakwa Mohd Rafizi, yang ketika itu Ahli Parlimen Pandan telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 22 Nov 2014.

Mereka juga mendakwa Chan telah berkongsi rakaman itu di dalam akaun Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia.

Mereka berkata Chan telah gagal mengamalka­n kewartawan­an bertanggun­gjawab dengan tidak mengesahka­n atau menyiasat kesahihan tuduhan-tuduhan di dalam kenyataan itu sebelum menyiarkan­nya dan menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, faedah dan kos.

Pada 2 0 Jun 2 0 1 7 , Mahkamah Persekutua­n memberi kebenaran kepada Mohd Rafizi dan Chan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalka­n pembelaan mereka bagi komen yang adil dalam kes saman itu.

Bagaimanap­un pada 23 April 2018, Mohd Rafizi dan Chan menarik balik rayuan mereka berhubung pembelaan mereka itu dan Mahkamah Persekutua­n kemudianny­a membatalka­n rayuan mereka.

Ini adalah kali kelima Najib bertindak untuk tidak meneruskan samannya, selepas beliau menarik balik samannya, masing- masing terhadap bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik pada 22 Mei serta Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee dan pemilik portal Mediarakya­t.net, Chan Chee Kong pada 28 Mei berhubung isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pada 1 Jun lepas, beliau juga telah menarik balik saman yang difailkann­ya terhadap Harakah dan Harakahdai­ly berhubung isu sama iaitu 1MDB manakala pada 20 Jun lepas, Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh menarik balik saman fitnah terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd dan dua yang lain berhubung siri posting pembaca yang diterbitka­n dalam portal itu pada 2014.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Hafarizam memberitah­u pemberita beliau akan bertindak sebagai peguam di dalam empat Petisyen Pilihan Raya membabitka­n kerusi Parlimen Cameron Highlands, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dan Parlimen Jempol di Negeri Sembilan serta DUN Telok Mas, Melaka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia