Utusan Borneo (Sarawak)

Tekong Vietnam tawar rasuah kepada pegawai APMM dipenjara dan didenda

-

KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini semalam, memerintah­kan seorang tekong bot warga Vietnam dipenjara sebulan dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM20,000 kepada pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), awal bulan lalu.

Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib memerintah­kan supaya hukuman penjara tertuduh Lam Ngoan, 42, bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu 3 Mei lalu, selain dihukum penjara sebulan jika gagal menjelaska­n denda itu.

Lam Ngoan didakwa menawarkan rasuah itu kepada Leftenan Komander Maritim Mahadi Ismail pada jam 9.50 pagi, 3 Mei lalu semasa kapal yang dinaikinya bersama 18 awakawak ditahan APMM bagi tujuan pemeriksaa­n pada kedudukan 100 batu nautika dari perairan Kuantan.

Wang tunai dalam not RM100 dan RM50 itu didakwa sebagai dorongan kepada pegawai APMM terlibat untuk tidak mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan menangkap ikan tanpa lesen yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan l985.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bertubuh kecil tersebut didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam Mohd Suhaimi Ismail merayu supaya mehkamah meringanka­n hukuman tertuduh atas pengakuan salah yang dibuat sebaik sahaja pertuduhan dibacakan dalam bahasa ibundannya, yang menjimatka­n masa dan kos semua pihak.

“Tertuduh juga telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak selain menanggung orang tuanya di Vietnam. Pendapatan­nya jika ditukar ke nilai matawang kita, adalah sekitar RM1,000 ke RM1,500 sebulan.

“Saya juga memohon mahkamah mengambil kira faktor tertuduh telah berada di penjara sejak ditahan yang bermaksud sudah 55 hari dia ditahan. Ini juga adalah kesalahan pertama tertuduh,” katanya.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh didakwa telah menunjukka­n isyarat ke arah wang itu dan menunjukka­n tangan ke arah botnya dan membuat isyarat untuk bot APMM meninggalk­an bot yang dinaikinya.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa dar ipada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kamariah Seman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Lam Ngoan diperintah­kan dipenjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM20,000 kepada pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysian (APMM) pada awal bulan.
— Gambar Bernama BERSALAH: Lam Ngoan diperintah­kan dipenjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM20,000 kepada pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysian (APMM) pada awal bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia