Utusan Borneo (Sarawak)

1MDB: Bekas MB T’ganu beri keterangan lima jam di SPRM

Ahmad sebelum ini menawarkan diri untuk memberi keterangan

-

PUTRAJAYA: Beka s Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selesai memberi keterangan kira- kira lima jam bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Beliau yang tiba di SPRM kira-kira jam 9.30 pagi semalam dan ditemani menantu lelaki Syahirpaul Musa, menawarkan diri untuk memberi keterangan bermula jam 11 pagi semalam.

Ahmad berkata beliau memberi keterangan secara sukarela memandangk­an sebelum ini menawarkan diri untuk memperjela­skan beberapa perkara berkaitan Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA).

“Saya memperjela­skan semua perkara ditanya kepada saya iaitu dokumen 17 muka surat yang dikemukaka­n kepada saya.

“Saya mengesahka­n tetapi tidak boleh berkongsi mengenai dokumen kerana ia akan mengganggu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di perkaranga­n ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan tersebut, semalam.

Ahmad berkata beliau juga bersedia memberi semula keterangan sekiranya diperlukan.

Ditanya adakah beliau menggunaka­n platform itu dengan memberi keteran- gan secara sukarela kepada SPRM sebagai usaha menarik sokongan kepadanya bagi merebut kerusi Naib Presiden UMNO, Ahmad berkata: “Ini tidak ada kena-mengena langsung.”

“Apa yang saya tekankan ialah kita perlu telus dan integriti dalam apa jua tindakan yang dibuat walaupun kita terpaksa mengorbank­an jawatan.”

Pada Mei lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan terhadap 1MDB.

1MDB bermula sebagai

Saya memperjela­skan semua perkara ditanya kepada saya iaitu dokumen 17 muka surat yang dikemukaka­n kepada saya.”

TIA, iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat yang bertujuan memberi pembanguna­n ekonomi kepada Terengganu untuk jangka panjang dan melestarik­an sosioekono­mi rakyat negeri itu secara amnya.

Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudianny­a bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KETERANGAN: Ahmad keluar dari ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan berkaitan dengan siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) semalam.
— Gambar Bernama BERI KETERANGAN: Ahmad keluar dari ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan berkaitan dengan siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia