Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua kampung kekal jika prestasi baik

-

LUMUT: Ketua kampung lantikan kerajaan terdahulu di Perak yang mempunyai rekod baik serta disenangi masyarakat setempat akan dikekalkan, kata Pengerusi Jawatankua­sa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembanguna­n Usahawan Perak Asmuni Awi.

Beliau berkata proses pemilihan ketua kampung telah selesai hampir 80 peratus dengan bakal melibatkan muka lama dan muka baharu.

“Setakat ini apa yang paling penting adalah mereka (ketua kampung terdahulu) diterima masyarakat. Soal mereka daripada parti mana tidak menjadi masalah selagi mereka disenangi rakyat dan mampu menjadi ketua kampung yang bertanggun­gjawab dan efisien,” katanya. Sebanyak sembilan Ketua Pendakwa Syarie dari seluruh negara terlibat pada bengkel lima hari bermula semalam bagi membincang­kan pelbagai isu antaranya pengurusan standard jenayah syariah.

Asmuni bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Penetapan Resolusi Bengkel Penyelaras­an Jabatan Pendakwaan Syariah Seluruh Malaysia di Pulau Pangkor di sini, semalam.

Sebanyak 859 orang ketua kampung akan dilantik pada 1 Julai depan bagi mengisi semula kekosongan jawatan itu setelah perkhidmat­an ketua kampung sedia ada ditamatkan hujung bulan ini.

Dalam pada itu, Asmuni berkata Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) perlu dijadikan sebuah entiti yang bergerak sendiri bagi memastikan pelaksanaa­an undangunda­ng Islam lebih telus dan efisien.

Katanya setakat ini bahagian penguatkua­saan tersebut dilihat tidak mantap dan terikat di bawah JAIN dalam melaksanak­an undang-undang syariah.

“Bila di bawah JAIN ada kekangan dihadapi bahagian penguatkua­saan kerana banyak bergantung kepada setakat mana JAIN itu sendiri nak beri kelonggara­n atau autonomi dalam melaksanak­an penguatkua­saan syariah.

“Jika bahagian penguatkua­saan diasingkan dan dijadikan sebuah jabatan baharu, mereka boleh membuat keputusan sendiri selain melahirkan petugas penguatkua­sa yang lebih berkaliber terutama melibatkan jenayah syariah,” katanya.

Beliau berkata jabatan baharu tersebut dapat mempunyai sistem pentadbira­n yang lebih teratur termasuk memiliki petugas tetap serta pelantikan pengarah serta jawatankua­sa lain yang lebih efisien dan tersusun.

“Macam sekarang ini kebanyakan petugas di bahagian penguatkua­saan sering dipindahka­n dan petugas-petugas baharu terpaksa belajar semula dan ini menganggu tugasan di bahagian tersebut.

“Ini turut memberi kesan kepada jabatan atau bahagian pendakwaan kerana bahagian penyiasata­n iaitu di bahagian penguatkua­saan tidak cekap termasuk dalam membuat kertas kerja yang tidak sempurna,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia