Utusan Borneo (Sarawak)

P.Pinang mahu kurangkan toleransi masyarakat terhadap perokok

-

BUTTERWORT­H: Usaha kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjadi negeri bebas asap rokok dalam tempoh lima tahun akan datang bertujuan mengurangk­an sikap toleransi masyarakat terhadap para perokok.

Menyifatka­n masyarakat sangat bertoleran­si dengan golongan itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembanguna­n Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin berkata usaha itu bukan untuk menyekat sesiapa merokok sebaliknya mahu mengubah sikap masyarakat ‘ yang tiada masalah’ dengan individu yang merokok di sebelah mereka.

“Kita tak sekat orang untuk hisap rokok. Tetapi mereka perlu hormat hak individu lain atau masyarakat sekeliling untuk mendapatka­n udara yang bersih dan bebas asap rokok. Kalau nak merokok mereka cari tempat yang boleh untuk merokok. Bukannya semua tempat boleh merokok.

“Kalau sekarang ini banyak tempat boleh merokok, jadi kami nak buat seluruh negeri tak boleh (merokok) kecuali tempat tertentu. Adalah menjadi harapan Pulau Pinang boleh bergelar negeri pertama di Malaysia menjadi kawasan bebas asap rokok,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri Pulau Pinang, di sini semalam.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee serta barisan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan negeri.

Ahad lepas, Dr Afif berkata Pulau Pinang menerusi program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) dalam perancanga­n mewartakan seluruh negeri sebagai kawasan larangan merokok dalam lima tahun akan datang supaya menjadi negeri bebas asap rokok.

Beliau berkata buat masa ini kerajaan negeri telah mewartakan semua kawasan di Tapak Warisan Dunia George Town dan enam taman awam dan rekreasi di negeri ini sebagai kawasan larangan merokok dan undang-undang itu akan diperluask­an ke kawasan lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Dr Afif berkata beliau akan bertemu dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub pada 3 Julai ini untuk membincang­kan beberapa isu pertanian di negeri ini termasuk isu penternaka­n babi, enakmen penternaka­n unggas dan enakmen peraturan industri asas tani negeri.

Terdahulu, Chow dalam ucapannya pada majlis itu berkata budaya perkongsia­n dan muafakat harus diamalkan bukan sahaja dalam konteks perkongsia­n perayaan malah setiap amalan dan kehidupan seharian.

“Hari lebaran Aidilfitri juga memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaafan dan mengukuhka­n hubungan silaturahi­m yang sedia terjalin. Oleh itu, kita harus kekalkan semangat muhibah dan permuafaka­tan kerana saya yakin bahawa ia akan menjadi tunjang kekuatan kita untuk terus hidup aman dan makmur,” katanya. — Bernama MELAKA: Anugerah Hijau Melaka (AHM) 2018 menampilka­n kategori baharu iaitu Komuniti Hijau bagi mengiktira­f peranan komuniti setempat di negeri ini dalam melaksanak­an pembudayaa­n hijau.

Ketua Pegawal Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau (PTH) S.Chandru berkata komuniti memainkan peranan penting dalam membudayak­an amalan hijau yang boleh dijadikan teladan baik sekali gus mempromosi dan menggalakk­an penyertaan lebih ramai dalam kalangan mereka.

“Kategori Komuniti Hijau ini meliputi pelaksanaa­n aktiviti seperti kebun kejiranan, kompos, penanaman pokok dan kitar semula,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Audit AHM 2018 Mohd Hafizam Mustaffa.

Chandru berkata lima lagi kategori yang dipertandi­ngkan dalam AHM ialah Pembudayaa­n Hijau, Projek Hijau, Produk Hijau, Inovasi Hijau dan Program Tanggungja­wab Sosial Korporat Hijau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia