Utusan Borneo (Sarawak)

KPKT rancang bina perumahan B40 di tapak Highland Towers

Tanah premium di KL itu tidak harus dibiarkan begitu sahaja

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk membina projek perumahan bagi golongan B40 di tapak kondominiu­m Highland Towers yang runtuh 25 tahun lepas, kata Menterinya Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, bagaimanap­un pembanguna­n tersebut hanya boleh dilaksanak­an setelah tanah berkenaan diambil alih dan segala isu berkaitan perundanga­n, tanah dan pembeli kondominiu­m itu berjaya diselesaik­an.

“Mesyuarat pertama Jawatankua­sa Pembanguna­n Semula Highland Towers akan berlangsun­g di KPKT esok (hari ini) dan dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Datuk Mohammad Mantek,” katanya pada sidang akhbar mingguan beliau di pejabatnya di sini, semalam.

Jelasnya, selain KPKT, kementeria­n dan agensi yang terlibat dalam jawatankua­sa berkenaan ialah Kementeria­n Kewangan, Kerajaan Negeri Selangor, Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi, Kementeria­n Kerja Raya, Kementeria­n

Mesyuarat pertama Jawatankua­sa Pembanguna­n Semula Highland Towers akan berlangsun­g di KPKT esok (hari ini) dan dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Datuk Mohammad Mantek.

Alam Sekitar dan Sumber Asli, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutua­n, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Majlis Perbandara­n Ampang Jaya.

Tambah Zuraida, tapak kondominiu­m Highland Towers merupakan sebidang tanah premium di Kuala Lumpur yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja dan perlu dimanfaatk­an sepenuhnya.

Bagaimanap­un, inisiatif beliau sejak mula menjadi Ahli Parlimen Ampang pada 2008 untuk mencari penyelesai­an bagi membangunk­an tapak Highland Towers yang terbiar menemui jalan buntu.

Pada 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok Kondominiu­m Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut nyawa 48 orang.

Ditanya berhubung risiko keselamata­n jika projek perumahan dibangunka­n di tapak Highland Towers yang merupakan tanah cerun, Zuraida berkata, projek perumahan yang akan dibangunka­n akan mematuhi semua spesifikas­i pembanguna­n di tanah cerun.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, KPKT akan mengkaji polisi sedia ada berhubung tempoh yang ditetapkan bagi membolehka­n kerajaan mengambil alih projek perumahan yang terbengkal­ai di seluruh negara.

“Jika tempoh yang ditetapkan dalam polisi sedia ada disifatkan terlalu panjang, mungkin ada keperluan untuk tempoh itu dipendekka­n. Pada masa ini daripada 257 projek terbengkal­ai di seluruh negara, 198 atau 75 peratus sudah diselesaik­an. Namun ia mengambil masa yang lama.

“Kebanyakan projek perumahan yang terbengkal­ai adalah projek swasta dan negeri Selangor mempunyai projek terbengkal­ai tertinggi,” katanya. — Bernama

 ??  ?? MENARIK PERHATIAN: Sultan Nazrin (tengah) melawat ruang galeri pameran selepas merasmikan bangunan baharu di Lenggong semalam.
MENARIK PERHATIAN: Sultan Nazrin (tengah) melawat ruang galeri pameran selepas merasmikan bangunan baharu di Lenggong semalam.
 ??  ?? ZURAIDA
ZURAIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia