Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Perak berkenan rasmi dua bangunan baharu di Lenggong

-

LENGGONG: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam berkenan merasmikan bangunan baharu Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong serta Pejabat Pentadbira­n Agama Islam Daerah Lenggong di sini.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah. Hadir sama Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong yang bernilai RM4.29 juta dibina di atas tapak dengan keluasan 5,852.9 meter persegi (63,000 kaki persegi) siap dibina pada Mac 2013 dan mula beroperasi sepenuhnya pada Feb 2014.

Bangunan dua tingkat yang terletak berhadapan dengan Balai Polis Lenggong itu mempunyai sebuah bilik gerakan yang mampu memuatkan sehingga 50 orang, tiga bilik mesyuarat kecil, sebuah bilik kebal serta tiga ruang kerja yang mampu menempatka­n sehingga 80 kakitangan.

Sementara itu, bangunan baharu Pejabat Agama Islam Lenggong yang bernilai RM3.32 juta di persimpang­an jalan masuk ke Pekan Lenggong siap sepenuhnya pada Disember 2013 dibina di atas tapak seluas 1.075 hektar.

Bangunan setingkat itu memiliki kemudahan seperti dewan yang mampu menempatka­n sehingga 150 orang serta dua bilik tahanan yang tiada dalam bangunan lama sebelum ini.

Sementara itu, Ahmad Faizal dalam ucapannya berkata, keputusan kerajaan negeri untuk menaik taraf serta membina baharu keduadua bangunan tersebut adalah selaras dengan keperluan pembanguna­n yang pantas dan dinamik pada masa kini.

Katanya, ia juga selaras dengan peranan pejabat daerah sebagai jentera penting pentadbira­n kerajaan khususnya selaku perantaraa­n untuk melaksanak­an segala dasar dan program kerajaan di peringkat daerah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia