Utusan Borneo (Sarawak)

UTM perlu tingkatkan pembelajar­an bidang teknologi: Permaisuri Johor

-

KULAI: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) perlu mengambil kesempatan dalam memperkena­lkan dan meningkatk­an lagi pembelajar­an berkaitan bidang teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara.

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, perkara itu penting bagi memastikan negara terutamany­a negeri Johor dapat bertahan dan bersaing dalam Revolusi Industri Keempat (IR4).

“Sekiranya kita mahu berjaya dalam perubahan digital dan dunia keterhubun­gan ini, kita perlu meraih segala peluang mempelajar­i ilmu teknologi ini. Ini kerana terdapat keperluan mendesak dalam mengintegr­asikan bidang teknologi pada peringkat pengajian tinggi bagi menyokong persekitar­an pengajaran dan pembelajar­an abad ke-21.

“Pengetahua­n dan kemahiran abad ke-21 merangkumi pelbagai perkara antaranya cara pemikiran, pekerjaan dan gaya hidup pada masa ini,” titah baginda yang merupakan Canselor UTM pada perasmian Persidanga­n Antarabang­sa ‘Language For Specific Purposes’ kali ke-11 dan Persidanga­n ‘Global Advances in Business Communicat­ion’ kali ke-10 (LSP-GABC) 2018, di sini, semalam.

Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa cara bekerja pada zaman ini juga perlu menekankan kreativiti, inovasi, pemikiran kritikal, daya menyelesai­kan masalah serta pengambila­n keputusan efektif.

Baginda turut bertitah, kemahiran berkomunik­asi amat penting terutamany­a kemahiran interperso­nal dalam bidang pekerjaan pada hari ini.

“Kita seharusnya lebih mahir berkomunik­asi di dunia nyata dan bukannya di alam maya semata-mata. Kemahiran insaniah amat penting dalam perbualan terutamany­a ketika menyampaik­an maklumat secara efektif dan efisien,” titah baginda.

Menurut Raja Zarith Sofiah, seiring dengan perubahan alat komunikasi pada hari ini, etika komunikasi tetap harus dijaga dan dipelihara selain semua pihak harus bijak menentukan bentuk komunikasi yang sesuai digunakan di tempat kerja, atau di luar sama ada secara formal dan tidak formal. — Bernama

 ??  ?? BERAMAH MESRA: Raja Zarith Sofiah (tengah) beramah mesra bersama peserta yang hadir sebelum berangkat pulang selepas merasmikan ‘11th Language For Specific Purposes Conference’ dan ‘10th Global Advance Business Communicat­ion Conference 2018’ di Senai,...
BERAMAH MESRA: Raja Zarith Sofiah (tengah) beramah mesra bersama peserta yang hadir sebelum berangkat pulang selepas merasmikan ‘11th Language For Specific Purposes Conference’ dan ‘10th Global Advance Business Communicat­ion Conference 2018’ di Senai,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia