Utusan Borneo (Sarawak)

MPKB perkenal penggunaan tiket letak kereta

-

KOTA BHARU: Gara-gara meter meletak kereta yang sering dirosakkan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab, Majlis Perbandara­n Kota Bharu (MPKB) tampil dengan idea baharu dengan memperkena­lkan penggunaan tiket letak kereta bermula 10 Jun lepas.

Ketua Penolong Pengarah Perhubunga­n Awam MPKB Azman Mohd Daham berkata tiket letak kereta berharga RM6 dan RM8 itu boleh dibeli daripada semua pegawai penguat kuasa meter letak kereta dan juga ejen yang dilantik oleh MPKB.

Azman berkata, pengguna juga boleh mendapatka­n tiket tersebut di pejabat letak kereta di Padang Perdana, kaunter MPKB dan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) KB Mall di sini.

“Tiket tersebut boleh digunakan di semua petak letak kereta dan pengguna perlu menggores dan mempamerka­nnya di bahagian depan (papan pemuka) sebelah pemandu dalam kereta.

“Kita harap alternatif ini akan menyelesai­kan pelbagai masalah pengguna berhubung bayaran letak kereta bermeter selain mengelakka­n vandalisme,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, sejumlah 1,500 unit meter parking di negeri ini rosak sejak awal tahun ini dipercayai akibat sikap vandalisme pihak tidak bertanggun­gjawab sekali gus telah menjejaska­n pendapatan pihaknya sehingga 50 peratus.

“Daripada laporan yang diterima antara lokasi yang mencatatka­n kerosakan atau kegiatan memecahkan meter letak kereta tertinggi adalah sekitar Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa,” katanya. — Bernama

 ??  ?? CONTOH: Azman menunjukka­n contoh tiket letak kereta yang menggantik­an meter parking pada sidang media di Pejabat MPKB di Kota Bharu semalam.
CONTOH: Azman menunjukka­n contoh tiket letak kereta yang menggantik­an meter parking pada sidang media di Pejabat MPKB di Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia