Utusan Borneo (Sarawak)

Reus enggan biarkan Jerman ekori jejak Sepanyol

Korea Selatan halangan terakhir skuad Loew untuk mengelak menjadi juara bertahan keenam tersingkir awal

-

KAZAN, Rusia: Marco Reus tidak mempunyai niat untuk membenarka­n Korea Selatan menjadi penghalang kemaraan Jerman ke pusingan kedua selepas menyelamat­kan diri mereka sendiri ekoran kekalahan pada perlawanan pertama di Piala Dunia.

Reus dimasukkan sebagai pemain gantian ketika tewas 0- 1 kepada Mexico tetapi selepas diturunkan dalam kesebelasa­n utama menentang Sweden, beliau menjaringk­an gol penyamaan Jerman pada minit ke- 48 untuk mengembali­kan keyakinan pasukan.

Dengan berbaki beberapa saat perlawanan di Sochi, Jerman menjaringk­an gol kemenangan 2- 1 menerusi tendangan percuma cantik beliau yang disempurna­kan Toni Kroos.

Ia bermakna Jerma n mengelak menjadi pasukan juara bertahan keenam yang tersingkir awal tetapi realitinya, mereka masih belum selamat lagi.

Empat tahun yang lalu, Sepanyol menjadi juara bertahan yang kelima pulang awal di pusingan pertama, dengan anak buah Joachim Loew, yang dianggap pilihan untuk mempertaha­nkan kejuaraan, bagaimanap­un masih boleh mengekori jejak Sepanyol dan gagal melepasi pusingan pertama buat kali pertama sejak 1938.

Sudah tentu, kami bermain dengan teruk menentang Mexico dan kami berdepan mengenainy­a.” dengan kritikan tetapi kami sudah bercakap terlalu lama Marco Reus Penyerang Jerman

Dengan sambutan luar biasa selepas perlawanan buat kakitangan kejurulati­han Jerman yang telah m e njengkel - kan pasukan Sweden, mereka percaya keazaman tinggi pasukan untuk menunjukka­n kepada dunia di mana harap a n m e r e k a masih belum berakhir di Rusia.

Bagaimanap­un, pasukan Jerman yang menang semua 10 perlawanan kelayakan dengan per b ez a a n 39 gol, masih belum m e mpamerkan aksi meyakinkan untuk melangkah ke pusingan kedua, apa lagi ke final. Laluan Jerman ke pusingan kedua dipenuhi halangan. Walaupun Korea Selatan berada di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata selepas tewas 1- 2 kepada Mexico dan 0-1 kepada Sweden, semua empat pasukan bagaimanap­un masih mempunyai peluang untuk mara. Jerman akan layak jika mereka m e - nang dengan lebih dari dua gol apabila menentang Korea Selatan, yang juga boleh layak jika menewaskan Jerman dan mengharapk­an Sweden tewas dan menamatkan saingan dengan kelebihan gol berbanding kedua- dua pasukan. Jika Jerman dan Sweden seri perlawanan mereka, pasukan dengan perlawanan paling banyak gol akan menamatkan saingan di tempat kedua. Jika berkesudah­an dengan jumlah gol yang sana, Jerman akan menamatkan saingan di tangga kedua kerana mereka menewaskan Sweden. Selepas terlepas peluang beraksi di Brazil empat tahun yang lalu apabila gol masa tambahan Mario Goetze menentang Argentina memastikan Jerman menjulang trofi Piala Dunia buat kali kelima, Reus dilihat mempunyai lebih banyak sebab untuk memastikan Jerman mengelak tersingkir awal dari kejohanan. Penyerang kelab Borus s i a Dor t - mund itu tidak beraksi di Piala Dunia 2014 kerana kecederaan buku lali, di Euro 2016 kerana kecederaan pangkal paha dan ketika Jerman menjulang Piala Konfederas­i 2017 kerana kecederaan lutut. “Sudah tentu, kami bermain dengan teruk menentang Mexico dan kami berdepan dengan kritikan tetapi kami sudah bercakap terlalu lama mengenainy­a,” kata Reus.

“Kami mempunyai satu lagi tugas dan ia adalah untuk memenangi perlawanan, mungkin bukan hanya 1- 0 tetapi dengan lebih banyak gol lagi.”

Selain dari itu, Korea Selatan tidak mempunyai niat untuk memudahkan tugas Jerman.

“Jerman bermain dengan agresif pada dua perlawanan pertama mereka tetapi saya fikir kami boleh mendapat keputusan yang baik,” kata pemain tengah Korea Selatan, Ju Se- jong.

“Saya menj angkaka n mereka bermain dengan yakin dan cuba menjaringk­an seberapa banyak gol yang mereka mampu dan ia mungkin akan memberikan kami beberapa ruang.

“Kami akan mengambil sepenuh peluang dengan serangan pantas dari pergerakan Seugwoo atau Seonmin.” — AFP

 ??  ?? REUS
REUS
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia